佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 16755|回复: 10

bencana alam

[复制链接]
发表于 19-5-2009 05:55 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
kesan-kesan ,punca-punca,langkah-langkah mengatasi。who can help me think 5 isi for all?
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 19-5-2009 09:36 PM | 显示全部楼层
kesan-kesan: kematian,kecederaan,kehilangan harta benda,
punca-punca: aktiviti manusia spt menebang pokok blh megakibatkan tanah runtuh
langkah2 mengatasi: 想不到

对不起,只想到这些罢了。。。好像帮不到你咧
回复

使用道具 举报

发表于 19-5-2009 10:55 PM | 显示全部楼层
我这里有篇范文,不知能不能给你灵感?

  Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.

               Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

               Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.

               Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

               Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.

               Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.

               Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?



[ 本帖最后由 Tarantino 于 19-5-2009 10:59 PM 编辑 ]
回复

使用道具 举报

发表于 19-5-2009 11:02 PM | 显示全部楼层
原帖由 ahjie1371 于 2009-5-19 05:55 PM 发表
kesan-kesan ,punca-punca,langkah-langkah mengatasi。who can help me think 5 isi for all?


kesan
××××××××××××
kepupusan flora dan fauna
kesan rumah hijau
kehilangan habitat
pemanasan global
kesan rumah hijau
pencemaran
kenaikan paras air laut
hujan asid
kerosakan harta
penyakit
kemarau
kebuluran

punca
××××××××××××
bebas gas dari kenderaan(karbon dioksida)
membuang sampah
pembalakan
influen(membuang racun ke dalam air)
忘記了

langkah
××××××××××××
pendidikan
kempen
r&d
undang


建議樓主去找geografi 書本~form 6的~
有分geo1 n geo 2 哦

[ 本帖最后由 ohmygod860727 于 19-5-2009 11:05 PM 编辑 ]
回复

使用道具 举报

发表于 19-5-2009 11:11 PM | 显示全部楼层
我这里还有份报告,你慢慢参考吧!
此份报告还附有统计让你作为证据..

Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam dan Kesannya kepada Masyarakat dan Negara

1.0 Pendahuluan

Malapetaka alam berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya, bencana alam yang sering berlaku ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya. Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah banjir lumpur ,banjir kilat dan tanah runtuh.Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun 1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak lagi.Namun,tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004, taufan Nargis di Myanmar pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada 12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang berlaku dan tidak dapat kita semua lupakan. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Mengkaji Bencana alam, saya diberi tugas menyediakan suatu laporan tentang faktor-faktor bencana alam dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

2.0 Faktor-Faktor

2.1 Perubahan cuaca

Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, banjir kilat, ribut taufan dan sebagainya.Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun ke setahun. Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin meningkat termasuk meningkatnya suhu di bahagian kutub utara yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.

2.2 Kegiatan ekonomi manusia

Fenomena penipisan ozon yang berlaku akibat tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) dan halon dan membentuk klorin monosida yang akan menyebabkan lapisan ozon terhakis dan menipis. Penipisan lapisan ozon juga akan menyebabkan suhu meningkat.Industri yang menyebabkan fenomena penipisan ozon ialah industri pendingin udara dan industri pencuci atau pelarut. Industri pendingin udara yang menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan,bangunan,perumahan dan juga penggunaan peti sejuk dan alat pendingin beku. Industri pencuci menggunakan CFCs dalam bentuk cecair sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan elektronik dan CFCs dalam bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.Aktiviti penyahutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara di sampiang kehilangan kawasan tadahan air dan senang berlakunya banjir . Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan pembakaran hutan juga menyumbang peningkatan karbon dioksida.Sedikit masa lalu, negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian di permukaan bumi tidak dapat di halang dan sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan kelodak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah. Contonhnya, pertambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala Lumpur di Karak. Projek pembinaan jalan raya yang melibatkan pemotongan bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh.

2.3 Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang. Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh. Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

3.0 Kesan-kesan

3.1 Kemusnahan harta benda dan nyawa

Banjir yang besar akan menggelamkan rumah kediaman dan merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Kejadian ini membawa kerugian kepada semua penduduk. Kemarau yang berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa yang panjang juga banyak menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu, kebuluran dan kematian organisma juga turut berlaku Kejadian taufan juga akan menyebabkan kemusnahan harta benda manakala gempa bumi boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Contohnya, kejadian taufan Nargis di Myanmar telah meragut 84,537 nyawa dan 53,836 orang masih tidak dijumpai. Menurut pengumuman daripada Organisasi Pandan dan Pertanian (FAO), tragedi gempa bumi di Sichuan juga telah meragut 70,000 nyawa dan beratus orang masih belum dijumpai.Gempa bumi tersebut juga menyebabkan kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh itu, bencana alam yang berlaku akan memusnahkan persekitaran, hidupan dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam terjejas.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara mangsa bencana alam.

3.2 Masalah psikologi dan emosi mangsa

Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma. Contohnya, mangsa  tsunami di Acheh, Indonesia berjaya menyelamatkan diri ke kawasan tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam akan berulang. Keadaan yang teruk menyebabkan mangsa bencana alam takut akan kejadian yang telah berlaku. Tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga mereka sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

3.3 Ekonomi Negara terjejas

Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah negara mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi. Contohnya, Negara China 20% pengeluaran  padi  dijalankan di Sichuan.Tragedi gempa bumi yang berlaku di Sichuan telah menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut terhancur di samping mengalami kerugian yang banyak.Sesebuah negara yang menghadapi bencana alam seperti banjir,taufan,gempa bumi dan sebagainya.Negara akan terpaksa menghadapi banyak masalah.Contohnya, banyak pelabur asing tidak yakin melabur,hasil pertanian terhancur,bursa saham tutup,syarikat korporat tutup dan lain-lain.Kesannya,kadar pengangguran semakin meningkat kerana tiada peluang pekerjaan.Oleh itu,bencana alam yang berlaku di sesebuah negara akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

3.4 Masalah kesihatan

Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan negara.Kesan yang paling teruk dibawa oleh banjir adalah menjejaskan kesihatan manusia.Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama lumpahan air.Najis ini juga akan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan    menimbulkan pencemaran di dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka,asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian telah menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di dalam udara.Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan kematian kepada manusia,sulfur dioksida dan nitrogen dioksda boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas dan sebagainya.

4.0 Kesimpulan

Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran dariapda perubahan ekoloji atau ekosistem alam.Pelbagai factor telah mencetus perubahan ekoloji secara mendadak sehingga meranap bangunan pencakar langit dan meragut nyawa tidak berdosa.Walaupun kejadian ini berlaku secara semula jadi tetapi langkah-langkah bersedia menghadapi bencana alam perlu disuntik kesedaran berjaga-jaga semasa menghadapi bencana alam.Amalan sediakan payung sebelum hujan perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa manusia terkorban.Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan.Usaha murni ini berupaya meringankan kesengsaran mangsa.



[ 本帖最后由 Tarantino 于 19-5-2009 11:17 PM 编辑 ]
回复

使用道具 举报

发表于 19-5-2009 11:29 PM | 显示全部楼层
都上中六了,难道连功课也要别人帮你?
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 20-5-2009 11:25 AM | 显示全部楼层
可能他是lower six
以前我也是什么都不懂
回复

使用道具 举报

发表于 20-5-2009 12:42 PM | 显示全部楼层
可是这里题目不是form5时的hot topic么?
一定有练习到的嘛
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 20-5-2009 06:13 PM | 显示全部楼层
原帖由 WenFeng55 于 19-5-2009 11:29 PM 发表
都上中六了,难道连功课也要别人帮你?

不能这么说别人...
也许他找不到有关的资料呢...
毕竟大家的想法都不同,
point也会不同...
回复

使用道具 举报

发表于 20-5-2009 08:36 PM | 显示全部楼层
form 5的东西用在form 6分数会很低吧。。。
这种题目,geografi课本真的很多。
bencana alam怎么会有langkah mengatasi呢?
回复

使用道具 举报

发表于 20-7-2014 01:12 AM | 显示全部楼层
嗨咯。。。可以给我一点idea吗? kesan hakisan sungai terhadap persekitaran manusia ....
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 欢乐校园


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 29-3-2024 07:35 AM , Processed in 0.071233 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表