佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 10704|回复: 3

怎样写国语作文?

[复制链接]
发表于 3-8-2012 10:37 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
请问你们谁有技巧,请教教我~
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 13-8-2012 10:20 PM | 显示全部楼层

PENGENALANKARANGAN ( PENULISAN )
Jenis-JenisKarangan :
A.Karangan Berformat
1.Jenis SuratKiriman Rasmi
2.Jenis SuratKiriman Tidak Rasmi
3.Karangan jenis Ucapan
4.Karangan jenis Syarahan
5.Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6.Karangan jenis Berita
7.Karangan jenis Catatan Diari
8.Karangan jenis Laporan
9.Karangan jenis Perbahasan

B.Karangan Tidak Berformat
1.Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2.Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. KaranganJenis Fakta / Penerangan
4.Karangan Jenis Perbincangan
5.Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6.Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7.Karangan Jenis Peribahasa


PANDUANMENGARANG / MENULIS
Sebelummembuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk ataukehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a)Pengenalan
b)Isi-isi dan
c)Penutup

A.Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaanatau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkaraatau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarikperhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secararingkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yangmenarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Olehitu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripadakesalahan tatabahasa atau ejaan.

B.Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karanganitu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapimungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur danberkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalamperenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satuperenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggantidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjangdaripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang inginditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yanglain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkanmenyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidakditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,kita hendaklah banyak membaca suratkhabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita,mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangancampur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yangsama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Antarakaedah mencari isi
KaedahI ( pertanyaan )   
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Dimana ?
Bagaimana?


C.Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi ataumenarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya jugahendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadikesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkanjuga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutupjuga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARAMENGARANG / STRATEGI MENULIS
1.Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a.Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yangdiberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenisberformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yangbenar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci ataukehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhirarahan seperti : ………………
    Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut.)


Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "HariSukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "HariSukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalansatu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip
Adalahlebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi katakunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atauterkeluar daripada tajuk sebenar.


b.Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi andamencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkasyang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuaibagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang

c.Menulis karangan
-Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalusatu perenggan.
-Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengancontohnya.


回复

使用道具 举报

发表于 13-8-2012 10:20 PM | 显示全部楼层
(Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
PerengganPendahuluan
Perengganisi pertama
Perengganisi kedua
Perengganisi ketiga
Perengganisi keempat
PerengganPenutup

-Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasantulisan.

d.Menyemak karangan
-Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika adatulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaanimbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
-baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e.Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4minit mencari isi
b.24 minit menulis karangan
c. 2minit menyemak semula karangan
Jumlah   = 30 minit

Kamumesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalahdiingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baikmenjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tip
Kamudigalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yangpanjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahantatabahasa.
Biasakandiri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satuperenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Tahukahkamu ?
Bagaimanahendak menulis dialog dengan baik ?
Dibawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakansetiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

ContohA ( dicadangkan )
"Kamubaru pulang ?"
"Barusebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangansaya."
"Memangsaya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

ContohB ( mengelirukan )
"Kamubaru pulang ?"  "Baru sebentartadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.""Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

PETUAMENULIS KARANGAN
&#8226erlu memahami betul-betul kehendak soalan.
•Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikutmana yang lebih penting.
•Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
•Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
•Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (seelok-eloknya cari limaisi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
•Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

&KELEMAHAN KARANGAN

A]Kesalahan memilih tajuk
•Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yangdikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-burumenyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

B]Kekurangan isi
•Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendataratau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yangsama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

C]Pembahagian perenggan
• Ada calon meletakkanbeberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapatdihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuksatu karangan !

D]Tidak merangka karangan
• Ada calon yang terusmenulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererticalon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas danbercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
•Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambilmengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

E] Kesalahantatabahasa
•Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikankarangan mendapat ‘A’.
&#8226ada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul.Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan"di", "dari" dengan "daripada", "bila"dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakanimbuhan dengan betul. Lebih malanglagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

F]Kesuntukan masa
•Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting.Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkantiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidaksempat ditulis.
•Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja denganbaik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G]Kesalahan lain
•Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
•Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
•Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasaKelantan )

回复

使用道具 举报

 楼主| 发表于 15-8-2012 02:47 PM | 显示全部楼层
rockyting90 发表于 13-8-2012 10:20 PM
(Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
PerengganPendahuluan
Perengganisi pertama

thank you,i get it~
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 欢乐校园


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 29-3-2024 04:16 PM , Processed in 0.070822 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表