舞猫猫 发表于 31-7-2014 12:31 PM
你没看到不代表没有。很多时候我们华人都活在自己华人的世界里,习惯性地瞧不起异族,认为他们懒惰、不上进 ...
http://www.sinarharian.com.my/ma ... pengenalan-1.111350
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan mualaf untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baru, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau bagaimanapun berkata, individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya. "Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara," katanya menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara hari ini. Syed Ibrahim ingin tahu tindakan kerajaan untuk menggalakkan penukaran kad pengenalan golongan mualaf supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Mashitah berkata, terdapat segelintir mualaf yang mahu berbuat demikian tetapi terhalang oleh beberapa sebab tertentu seperti soal keselamatan atau tidak mahu diketahui keluarga. Beliau bagaimanapun meminta golongan itu memaklumkan status agama mereka kepada saudara terdekat agar tidak berlaku pertikaian seperti perkahwinan atau perebutan jenazah apabila mereka meninggal dunia. Terdahulu, menjawab soalan Senator Rohani Abdullah mengenai langkah kerajaan menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Mashitah berkata, usaha itu dilakukan melalui dua cara iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang. Tegasnya, pelaku LGBT beragama Islam boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Katanya, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama Islam negeri selain beberapa kementerian berkaitan bagi mencegah penularan kegiatan LGBT ke akar umbi.
Dalam perkembangan sama, Mashitah berkata, jumlah sebenar individu yang terlibat dalam kegiatan LGBT tidak dapat dipastikan memandangkan tidak mudah untuk membuktikan berlakunya perbuatan songsang meskipun terdapat pertanda yang menjurus ke arah itu. - Bernama
|