Ia merupakan hasil kerjasama antara syarikat produksi Malaysia, Double Vision Sdn Bhd, Yomiuri-TV Enterprise Ltd. (Japan) dan Mabui Stone Corporation (Japan). Drama bersiri 26 episod ini telah menjalani penggambaran di Okinawa, Jepun dan Malaysia. Mula ditayangkan di TV3 pada 17 Januari 2014 setiap Jumaat jam 7.30 petang.