查看: 1647|回复: 2
|
星洲日报也会搞错教育课题的, 请小心。
[复制链接]
|
|
关系到中六所以把官方回应放上来了:
Maklum Balas JPA Kepada Artikel Dalam Akhbar Sin Chew Daily
Bertajuk “JPA scholarship money disbursed with no notice: Most sixth-formers
not informed” Bertarikh 11 Mac 2009
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk “JPA scholarship
money disbursed with no notice: Most sixth-formers not informed” yang disiarkan oleh
akhbar Sin Chew Daily pada 11 Mac 2009.
Pada tahun 2008 Kerajaan telah menyediakan penajaan tambahan untuk pelajar
cemerlang lepasan SPM 2007 yang memperolehi 9A ke atas sekiranya melanjutkan
pengajian di Tingkatan 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, Pusat Matrikulasi di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa dan di empat kampus tempatan universiti luar
negara seperti Universiti Monash, Universiti Nottingham, Universiti Teknologi Curtin,
Universiti Swinburn termasuk Universiti AIMST. Program ini diwujudkan untuk memberi
peluang kepada pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2007 yang tidak mendapat
penajaan di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN). Pelajar perlu memohon bagi
melayakkan mereka menerima penajaan ini. Seramai 1,148 orang pelajar Tingkatan 6
telah menerima penajaan tambahan ini.
Pelajar-pelajar yang berjaya menerima penajaan di bawah Program Penajaan
Tambahan 9A tahun 2008 serta sekolah mereka telah dihubungi dan diberi notis
mengenai wang biasiswa tersebut. Biasiswa telah dikreditkan ke dalam akaun Bank
Islam yang dibuka atas nama mereka oleh JPA. Oleh itu, dakwaan mengatakan tiada
notis pemakluman penerimaan wang adalah tidak berasas.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
30 Mac 2009
http://www.jpa.gov.my/docs/akhbar/2009/sinchew11032009.pdf. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 24-4-2009 07:40 PM
|
显示全部楼层
这是什么![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 28-4-2009 07:11 PM
|
显示全部楼层
不是很明白。。 ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|