Penjawat awam dilarang sembang guna Internet
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN [email protected]
KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukansebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasukaktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling KemajuanPentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan MengenaiTatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-AgensiKerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.
"(Langkah) ini sebagai panduan kepada penjawat awam terhadappenggunaan kemudahan Internet," kata Najib dalam jawatan bertulis bagimenjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyatsemalam.
Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan olehPerdana Menteri itu merangkumi memuat naik, memuat turun, menyimpan danmenggunakan perisian tidak berlesen.
Selain itu, katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.
Perdana Menteri juga melarang penjawat awam menggunakan kemudahansembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankanaktiviti komersial dan politik.