原帖由 振益 于 2-6-2009 02:54 PM 发表
我已经获得证实职位了,但不足3年,有兴趣知道详情!
这是详情。
KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN 2009 Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengendalikan program tersebut di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur selama 12 minggu bermula pada 1 September 2009 sehingga 20 November 2009 untuk ambilan kelima. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun. 3. Calon-calon yang berjaya menamatkan Kursus Persediaan 12 Minggu ini dengan cemerlang akan dipilih mengikuti Program Bahasa Jepun Satu Tahun di Institut yang sama pada Januari 2010. Setelah menamatkan program ini, peserta akan dikehendaki bertugas di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau sekolah harian yang menawarkan pengajaran subjek Bahasa Jepun. 4. Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang menghantar para peserta ke Jepun bagi mengikuti “Immersion Course” selama dua bulan setelah peserta berkhidmat selama satu (1) tahun (internship program) di sekolah di mana peserta baru ditempatkan. Kursus ini merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Yayasan Jepun (Japan Foundation), Kuala Lumpur. 2 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TEACHER EDUCATION DIVISION MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 2-6, BLOK E13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88841000 62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841081, 88893507 5. Kursus Persediaan 12 Minggu ini adalah terbuka kepada guru-guru siswazah terlatih (PPPS) seperti berikut: i) Berumur kurang 35 tahun pada 1 September 2009 ii) Berpengalaman mengajar antara 3-5 tahun iii) Telah disahkan jawatan 6. Sehubungan itu, Bahagian ini memohon kerjasama tuan untuk menyebarluaskan maklumat ini ke sekolah-sekolah bagi membolehkan guru-guru yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan. Pemohon boleh juga memperolehi maklumat program ini dengan melayari laman web beralamat http://www.moe.gov.my. 7. Semua permohonan bagi mengikuti program ini hendaklah menggunakan borang permohonan yang dilampirkan. Pihak tuan dipohon membanyakkan borang berkenaan bagi kemudahan para pemohon. 8. Semua borang pencalonan yang telah disempurnakan dengan lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini pada atau sebelum 8 Jun 2009 (u.p: En. Wan Yusof bin Wan Ngah) bagi tindakan selanjutnya.
|