本帖最后由 中秋端午 于 20-3-2015 02:34 PM 编辑
Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut :
(i) Sijil - 2 Tahun
(ii) Diploma - 3 Tahun
(iii) Sarjana Muda - 4 Tahun
(iv) Diploma Lepasan Ijazah - 2 Tahun
(v) Sarjana - 2 Tahun
(v) Ph.D - 4 Tahun
SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
i. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
ii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
iii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
iv. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
https://biasiswa.moe.gov.my/bk_oku/index.php
|