查看: 6531|回复: 1
|
Kita Umpama Sehelai Daun-Maksud Setiap Rangkap(中一马来文课程)
[复制链接]
|
|
本帖最后由 耶稣的爱 于 14-6-2018 09:27 PM 编辑
Kita Umpama Sehelai Daun
S Mahadzir
Antologi Kuingin Berterima Kasih
Kita umpama sehelai daun
Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda unggas meriang
Di bawah redup bebayang mentari
Andai kikir jasa dan bakti
Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggar kecil tidak berkudrat
Kita umpama sehelai daun
Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup
Jadilah sehelai daun
Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini diibaratkan sehelai daun. Manusia dilahirkan , mengalami proses tumbesaran, menjadi dewasa dan seterusnya berjasa kepada kehidupan orang lain yang memerlukan bantuan. Rangkap ini menunjukkan kehidupan manusia yang saling bergantungan/memerlukan. Daun memerlukan ranting untuk bertunas. Daun yang melebar dan merimbun menjadi tempat teduh/tempat berlindung burung-burung.
Rangkap 2
Seandainya kita tidak menjadi manusia yang tahu berjasa, maka tiadalah peluang untuk insan-insan yang kesusahan untuk bergantung harap. Unggas kecil merupakan perlambangan kepada insan/golongan yang memerlukan bantuan. Usah terlalu berkira-kira dengan jasa dan bakti yang dicurahkan. Sekiranya tiada kerjasama antara manusia, golonan yang lemah akan terus teraniaya.
Rangkap 3
Proses hidup manusia laksana sehelai daun yang akhirnya akan layu dan mati. Kita diingatkan supaya tidak terlalu sombong dengan kelebihan yang dimiliki sehingga memandang enteng kepayahan hidup orang lain. Tidak wajar meminggirkan insan yang lemah/serba kekurangan (duafa = daif) yang bergantung harap kepada kita.
Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita ibarat sehelai daun yang tidak henti menyumbang jasa baik ketika masih hidup segar mahupun setelah mati. Semasa segar, daun yang menghijau sedap dipandang, menjadi teduhan unggas. Sesudah kering dan gugur berguna sebagai baja yang menyubur bumi. Kita perlu cuba berbakti agar tindak-tanduk kita akan tetap membawa manfaat kepada orang lain walaupun kita telah meninggal dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 14-6-2018 07:51 PM
|
显示全部楼层
你好。
好像是心灵驿站那里来的哦,来到我的版块了哦?呵呵。
这里是中文论坛,要用中文发帖,谢谢。
好了,加油啦。
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|