|
发表于 19-1-2008 12:19 PM
|
显示全部楼层
回复 32# psrngurney 的帖子
雷西辞职的原因真是众说纷纭,现在Berita Harian又报导是因为其他原因,而且跟你所说的操纵球赛有关。 真的非常困惑,只有等菲比为我们解答了。他们说雷西已经暂缓辞职的决定,希望真的如此。他们还说斌生与顺福会离开国家队加入私人俱乐部。
Rexy buat gempar, Bin Shen-Soon Hock tarik diri
HANGATNYA Kejohanan Terbuka Malaysia sebenarnya bukan di tengah gelanggang, tetapi lebih situasi membelenggu skuad badminton negara yang ibarat 'rumah dibina daripada kad nipis' - satu persatu tumbang dihembus angin.
Kejutan pertama terjelma menerusi perkhabaran betapa jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, memutuskan untuk meletak jawatan atas apa difahamkan kerana rasa kecewa angkara 'lakonan' segelintir pemain jagaannya.
Pegawai-pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepakat menutup mulut mengenai isu berkenaan, tetapi kelibat Rexy di tepi gelanggang ketika aksi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, malam tadi, hampir jadi kemunculan terakhirnya.
Bukan itu sahaja dentuman terpaksa ditangani BAM kerana petang semalam juga, beregu di ranking keempat negara ketika ini, Tan Bin Shen-Ong Soon Hock, menghantar surat penarikan diri daripada skuad kebangsaan.
Tindakan itu kerana kedua-duanya difahamkan akan menyertai sebuah kelab badminton persendirian hasil daripada pujukan dengan tawaran dan imbuhan lebih lumayan daripada seorang pegawai yang pernah juga berkhidmat untuk BAM.
Paling terbaru, Rexy difahamkan berjaya dipujuk untuk tidak memuktamadkan keputusannya, biarpun penangguhan itu masih ibarat segenting benang kerana rasa kecewa yang membuak-buak dalam sanubarinya.
Rasa hampa itu terbit kerana dikatakan ada pemain disyaki punya kaitan dengan kemungkinan terbabit dalam gejala negatif mengatur keputusan perlawanan, biarpun ianya jelas terlalu sukar untuk dipastikan.
"Saya sayangkan Malaysia. Jika akhirnya nanti saya meletakkan jawatan, saya tidak akan sentuh langsung badminton (selepas ini). Ianya bukan kerana apa-apa. Tetapi saya masih menimbangkannya," katanya ringkas, malam tadi.
Situasi Bin Shen-Soon Hock pula tampak lebih jelas tetapi seorang pegawai BAM menegaskan kata putus mengenainya belum dibuat, dengan perbincangan bersama-sama kedua-duanya akan dilakukan selepas Terbuka Malaysia berakhir terlebih dahulu.
Apa yang pasti, BAM tidak harus bertindak kurang bijak melepaskan kedua-duanya begitu sahaja, tambahan pula kerana mengambil kira pelaburan besar sudah dibelanjakan ketika kedua-duanya masih belum memberi sebarang pulangan memuaskan. |
|