|
楼主 |
发表于 3-11-2017 09:33 AM
来自手机
|
显示全部楼层
kimtt 发表于 3-11-2017 12:22 AM
我没有去过不知道,但平地这个概念很令人混淆。
最重要不是平地不平地,而是不是处于山坡旁,这个才是重点。
如果说平地的话,高原的平地,和低原的平地,风险指数差不了多少。
这里有州政府发表的一则文章
Garis panduan pembangunan cerun di Pulau Pinang lebih ketat berbanding negeri lain – Syerleena
GEORGE TOWN – Mengikut laporan kemalangan di tapak pembinaan yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), sehingga Julai 2017, sebanyak 2,430 kemalangan dilaporkan di dalam negara.
Laporan tersebut dibentangkan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Syerleena Abdul Rashid ketika ucapan penangguhan bagi Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) yang berlangsung hari ini.
Menurut Syerleena, daripada jumlah (2,430) kemalangan tersebut, 143 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.
“DOSH telah mengenal pasti sebanyak 16,800 tapak-tapak pembinaan.
“Sehingga Julai lalu, sebanyak 2,430 kemalangan dilaporkan dengan 143 daripadanya menyebabkan kehilangan nyawa.
“Mengikut DOSH, kehilangan nyawa pekerja terdiri dalam industri pembinaan sebanyak 37 peratus dan pembuatan (22 peratus),” ujarnya sambil merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bahawa majikan di tapak pembinaan seharusnya memastikan langkah-langkah keselamatan dikuatkuasakan setiap masa.
Syerleena berkata demikian sebagai respon kepada kejadian kemalangan di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lembah Permai, Tanjung Bungah pada 21 Oktober lalu yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanggapan masyarakat.
Katanya, menurut kenyataan Pengarah DOSH Pulau Pinang, Rosdee Yaacob di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris telah mengesahkan bahawa insiden tanah runtuh tersebut sebenarnya merupakan satu kemalangan tapak pembinaan.
"Malah, kenyataan tersebut turut disokong oleh Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye dengan menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan contoh bagaimana langkah-langkah keselamatan tidak diikuti di tapak-tapak pembinaan," jelas beliau.
Mengulas lanjut, Syerleena memberitahu, projek tersebut berada pada kecerunan di antara 18 meter dan 40 meter kerana membabitkan gradien kecerunan yang tidak melebihi 20 darjah, dan dikategorikan sebagai Kategori 2 atau secara lebih spesifiknya projek tersebut berada di atas tanah rendah dan bukan tanah bukit.
“Orang ramai perlu sedar bahawa Pulau Pinang mempunyai garis panduan pembangunan cerun yang lebih ketat berbanding dengan negeri-negeri lain.
“Dengan keadaan yang berlaku, buat ketika ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan apa-apa perkembangan di atas tanah bukit melebihi 76 meter.
“Dan... ini berbeza jika hendak dibandingkan dengan had garis panduan negara yang ditetapkan pada 300 meter," tegasnya.
Syerleena dalam pada itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Pada masa sama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team), STORM (Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia) dan unit pengesan (K9) yang telah menyumbang kepakaran mereka berhubung insiden yang berlaku di Lembah Permai,” kata beliau.
Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN |
评分
-
查看全部评分
|