SEMAKAN KEPUTUSAN RASMI PERMOHONAN
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2008/2009
MELALUI INTERNET / SMS / TALIAN BANTUAN
MULAI 16 APRIL 2008
KEPUTUSAN RASMI PROGRAM SATU TAHUN
Semua pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 Julai– 10 Oktober 2007 boleh mengetahui keputusan rasmi permohonan mulai 16 April 2008 ini.
Semakan boleh dibuat :
I.
Melalui laman web http://www.moe.gov.my dengan memasukkan (No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM) atau
II.
Sistem SMS dengan menaip perkataan MAT jarak NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 33778 atau
III.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844100 juga boleh dihubungi untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula pada 16 April 2008dari jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang (hari bekerja sahaja).
Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 12 Mei 2008.Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dansebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi / kolej MARA berkenaan.
RAYUAN
Pelajaryang layak tetapi gagal boleh membuat rayuan secara bertulis denganmelampirkan salinan keputusan SPM yang disahkan dan dihantar tidaklewat daripada tarikh 30 April 2008 kepada:
Bahagian Matrikulasi
Aras 6, Blok E15, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Keputusan rayuan boleh diketahui pada 26 Mei 2008 melalui :
- laman web di atas atau
- sistem SMS dengan menaip MAR jarak NO KP(pelajar) ke 33778.
- Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844100 juga boleh dihubungi dari jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang (hari bekerja sahaja).
Hanyacalon yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan perlu mendaftar dikolej yang ditetapkan dalam masa seminggu. Mereka yang tidak menerimaapa-apa jawapan SEMINGGU selepas 26 Mei 2008 dianggap gagal.
KEPUTUSAN RASMI PROGRAM DUA TAHUN (PDT)
Seterusnya keputusan rasmi PDT akan diumumkan pada 2 Jun 2008 dan calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di kolej yang ditetapkan pada 16 Jun 2008.
Sila hubungi laman web, talian bantuan (seperti di atas) dan sistem SMS dengan menaip perkataan MAT jarak NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 33778.
[ 本帖最后由 猪头鱼 于 25-4-2008 03:10 AM 编辑 ] |