Keputusan: PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah. - Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
- Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
- Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
- Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
- Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
- Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
- Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
- Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
在JPJ网站看到的。
|