佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 12-10-2011 10:17 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-10-2011 10:20 PM 编辑





大马警察和美国警察的分别
真是天跟地一样的差别




回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 12-10-2011 11:00 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

 楼主| 发表于 13-10-2011 08:02 AM | 显示全部楼层
沉睡的巨龙 发表于 12-10-2011 10:17 PM



   malaysia boleh!!!
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 09:47 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 09:49 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 15-10-2011 09:50 AM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 09:52 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 15-10-2011 01:12 PM | 显示全部楼层
Spekulasi: 'Adnan Yaakob' Perlulah Lebih Berhati-Hati, Gerakan Untuk Menjatuhkan MB Kini Sudah Bermula Dari Dalaman UMNO Pahang Sendiri Itu ! Agak lama PDO tidak mengulas mengenai senario politik UMNO di negeri Pahang Darul Makmur ini sebenarnya. Sejak dua menjak itulah banyak kontroversi, spekulasi dan berita sensasi yang diterima terutamamya berkaitan "berita" akan berlakunya perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti anda Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan kuasanya. Terdapat laporan, "Gerakan Jatuhkan Adnan Yaakob" kini sedang rancak dijalankan oleh seteru politik MB Pahang itu didalam UMNO sendiri. Difahamkan, kumpulan berkenaan kini sudah mula bergerak dan menyalurkan maklumat-maklumat sulit kepada pembangkang untuk dijadikan modal menghentam kerajaan Adnan pada PRU-13 nanti. Sumber-sumber yang rapat dengan Istana juga mengesahkan bahawa tempoh pentadbiran Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob sebagai MB bakal berakhir penggal ini. Antara calon-calon yang dinamakan bakal mengambil alih ialah Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin dan Duta Besar Malaysia Ke Amerika), Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Temerloh) dan Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang). Antara nama-nama panas itu, calon yang paling kedepan sekali dari segi sokongan pusat ialah Dato' JJ, ini kerana beliau adalah proksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang paling rapat dan boleh dipercayai sekarang ini. Tidak hairanlah, ketiadaan JJ di Rompin diambil alih oleh Setiausaha Politik Najib iaitu Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan Exco Pemuda UMNO). Senario ini sudah berlaku sejak JJ dilantik sebagai Duta ke Amerika Syarikat sejak PM Najib berkuasa dulu.

[size=85%]Tiga calon terpopular untuk ganti Adnan, Dato' JJ, Sharkar dan Saifuddin


Saiffudin Abdullah pula dikatakan berada pada ranking kedua kerana beliau mendapat sokongan daripada istana. Sementara itu. Sharkar hanya mendapat sokongan kerana dia adalah proksi Adnan pada masa ini. Soalnya sekarang, ke mana perginnya Adnan Yaakob seandainya beliau tidak dilantik ke jawatan MB untuk penggal akan datang?. Ada maklumat mengatakan Adnan bakal berkompromi dengan Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman (Ketua UMNO Bahagian Paya Besar) untuk mengambil tempat Datuk Abd Manan Ismail sebagai calon parlimen itu pada PRU-13 nanti. Tambahan pula Mana kini tidak mempunyai apa-apa jawatan diperingkat bahagian selepas tewas pada pemilihan parti itu sebelum belum ini. Tajuddin sendiri akan kembali bertanding di DUN Lepar, sebagai balasan menyokong MB bertanding di Paya Besar. Umum mengetahui hubungan MB dan Tajuddin sedikit renggang selepas bekas ADUN Lepas itu tidak dicalonkan pada PRU-12 yang lalu. Tajuddin begitu marah hingga meletakkan jawatan Setiausaha Kerja UMNO Pahang dan membongkarkan beberapa penyelewengan Adnan berkaitan tanah UMNO di Paya Bungor. Namun, kes itu akhirnya senyap apabila Adnan akhirnya mencari jalan berdamai dengan Tajuddin. Hasilnya Tajuddin diberikan berbagai konsesi projek "hasil bumi" termasuk yang bernilai tinggi di kawasan parlimen Paya Besar. Makanya, pada PRU-13 ini, Tajuddin pasti akan membalas jasa Adnan dengan memberi laluan kepada pemimpin terbabit untuk bertanding Parlimen Paya Besar kali ini. Tambahn pula hanya kerusi itu saja yang masih terbuka dan dilihat selesa untuk BN menang. Kawasan lainnya termasuk Bentong sudah mempunyai calonnya.



[size=85%]Adnan perlu dapat mandat Tajuddin untuk ganti Manan di Paya Besar

[size=85%]ADUN di Paya Besar, Shohaimi Md Shah, Shuhaimi Jusoh dan Zaili Besar

Tajuddin punyai kuasa untuk itu kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Paya Besar pada masa ini. Khabarnya juga dua daripada ADUN BN yang merupakan orang Datuk Abdul Manan Ismail
(Ahli Parlimen) juga akan ditendang keluar iaitu Shuhaimi Jusoh (Lepar) dan Zaili Besar (Panching). Tambahan pula mereka antara yang dikenakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO dan kini tiada jawatan langsung hatta dilantik dalam UMNO Bahagian Paya Besar. Hanya Shohami Md Shah (ADUN Sg.Lembing) yang dilihat selamat bila kembali masuk team Tajuddin sekarang ini. Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Paya Besar itu selama setahun dan memberi amaran kepada, Sohaimi (Timbalan Ketua Bahagian), Shohaimi Jusoh (Naib Ketua Bahagian) dan Zaili (Ahli Jawatankuasa bahagian). Kesemua mereka adalah anggota UMNO Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli UMNO.



[size=85%]Pemimpin lama UMNO Pahang, Dato' Tan, Dato' Omar dan Dato' Hassan


Soalnya sekarang, apakah Adnan rela kerusi empuknya dilepaskan? Dalam keadaan beliau masih berupaya untuk memimpin negeri Pahang ini?. Terdapat sumber mengatakan, gerakan jatuhkan Adnan kini sudah mula bertindak. Malahan, terdapat juga dikalangan wakil rakyat sedia ada kini dipercayai turut terlibat. Tambah mengejutkan, ada dikalangan mereka merupakan Exco Kerajaan Negeri pimpinan Adnan sendiri. Pada masa ini, sokongan kita UMNO Bahagian terhadap kepimpinan Adnan hanya diterima daripada Bahagain Bentong, Temerloh dan Paya Besar. Sebaliknya semua bahagian lain UMNO di Pahang kini mula menolak kepimpinan beliau sebenarnya. Manakala, bahagian lain mahukan perubahan dan pemimpin baru dilantik ke jawatan itu. Adnan perlu ingat, ramai dikalangan seteru politiknya yang dijatuhkan seperti Dato' Hassan Ariffin (bekas Timbalan Menteri Besar dan ADUN Bukit Ibam), Dato' Omar Othman (bekas Exco dan ADUN Jelai), Dato' Shahruddin Moin (bekas Exco dan kini ADUN Dong), Suhaimi Ibrahim (bekas ADUN Benta), Dato' Halim Mansor (bekas ADUN Padang Tengku), Ariff Sabri Aziz (Bekas ADUN Pulau Manis) serta ramai lagi, kini sedang mengintai ruang untuk kembali ke persada politik. Hanya Shaharuddin sahaja yang dilihat tidak mengidam ke situ kerana dia selesa dilantik sebagai Pengerusi Giat Mara. Sementara yang lainnya, kemungkinan akan berbuat sesuatu untuk menghalang Adnan daripada meneruskan kuasanya sebagai MB Pahang, jika BN masih terus menang lagi pada PRU-13 ini nanti.


[Apapun, senario politik UMNO ini pasti akan dipanaskan lagi kerana Adnan selaku Pengerusi Perhubungan UMNP Pahang pasti tidak akan membiarkan nasibnya ditentukan oleh orang lain. Hubungan rapat Adnan dengan istana dilihat memberi "millage politik" untuk dirinya terus mempimpin Kerajaan Negeri Pahang kiranya BN masih terus merintah. Dari segi tenaga dan ketrampilan, Adnan dilihat masih berupaya untuk berkhidmat walau pun banyak kontroversi yang berlaku terhadap dirinya mutakhir ini termasuk isu Lynas. Apapun, Adnan diminta lebih berhati-hati dengan gerakan pihakpihak tertentu yang cuba menjadi "gunting dalam lipatan". Tersilap langkah, beliau pasti akan berputih mata kali ini. Ura-ura untuk Adnan dihantar ke pusat sudah kedengaran sejak PRU umum yang lalu. Namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini. Namun, apakah dengan gelaran "Dato' Sri DiRaja" yang dikurniakan oleh Sultan Pahang ia seolah-olah memberi isyarat terakhir buat Adnan di negeri ini. Apapun, masih ramai rakyat Pahang yang memerlukan khidmat beliau biarpun diasak oleh pembangkang selama ini. Senario yang berlaku ini, mungkin memberi ruang untuk pembangkang mengatur strategi baru dalam usaha bagi menakluki negeri ini pastinya. Selamat berjuang semua!].
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 01:14 PM | 显示全部楼层
Panas: Calon Ketiga Akan Menentukan Keputusan Bagi 'Kerusi Parlimen Serta DUN' Kawasan Bandar Kuantan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ini Nanti!
Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) dan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan laluan sengit bagi dua buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ini pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ini difahamkan, kemungkinan terdapat pertembungan tiga penjuru pasti akan berlaku di dua kawasan majoriti "Melayu" yang kini diwakili oleh kaum Cina sebagai wakil rakyatnya. Kawasan terbabit ialah DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota dan DUN Teruntum, Parlimen Kuantan. Apa yang menarik ialah dua DUN terbabit di wakili oleh pemimpin Cina dari MCA iaitu YB Pang Tsu Ming (Semambu) dan YB Chang Hong Seong (Teruntum), manakalah parlimennya pula dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu YB Fuziah Salleh (Kuantan) dan YB Azan Ismail (Indera Mahkota). Azan ketika itu menewaskan Salamon Ali Rizal dengan majoriti 1,027 undi sahaja. Azan mendapat 19,823 undi sementara Salamon 18,796 undi. Bagi kerusi Parlimen Kuantan pula Fuziah mendapat 18,398 undi menewaskan Fu Ah Kiaw yang mendapat 16,572 undi dengan majoriti 1,826 undi sahaja. Maknanya di kedua-dua kawasan terbabit pembangkang hanya menang dibawah paras dua ribu undi sahaja. Manakala bagi kerusi DUN Semambu pula, Pang Tsu Ming mendapat 10,300 undi menewaskan calon PKR, Nancy Khong yang mendapat 8,164 undi dengan majoriti 2,136 undi. Bagi kerusi DUN Teruntum pula, Chang Hong Seong mendapat 8,015 undi menewaskan calon PKR, Siew Fook Chan yang mendapat 7,722 undi dengan majoriti hanya 293 sahaja. Maknanya, kerusi-kerusi terbabit sebenarnya pada bila-bila masa sahaja boleh dikekalkan atau bertukar tangan baik di parlimen mahu pun di kerusi DUN sebenarnya. Oleh itu, pilihanraya umum ke-13 ini nanti pasti akan menyaksikan pertembungan sengit antara ketiga pihak terbabit. Jika tersilap langkah kemungkinan besar calon "ketiga" akan menang dengan undi protes yang besar pada Pilihanraya Umum kali ini.


[size=85%]YB Azan Ismail, YB Pang Tsu Ming, YB Fuziah Salleh dan YB Chan Hong Seong
[size=85%]calon-calon yang telah pun memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu


Berdasarkan kepada peratusan terkini mengikut statistik pengundi di DUN Teruntum danSemambu, kedua-duanya memang mempunyai majoriti pengundi berbangsa Melayu sekarang. Malah peratusan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peratusan Melayu kini hampir mencecahkan 60%. Maknanya. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat wajar letakkan calon Melayu di kawasan itu sebenarnya. Ramai ahli akar umbi kedua-dua parti sememangnya mahu kerusi itu dikembalikan kepada calon Melayu. Malah terdapat laporan ia juga dibangkitkan dalam mesyuarat agung parti tertentu sebelum ini. UMNO sememangnya berhasrat untuk mengambil semula kerusi Parlimen Kuantan yang menjadi kerusi Melayu sejak zaman berzaman. Malah, Pengerusi PKR Pahang sendiri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob adalah bekas Ahli Parlimen kawasan terbabit. Cuma bermula pada PRU ke-11 yang lalu, kerusi itu diambil alih oleh MCA yang meletak Datuk Fu Ah Kiow sebagai calonnya. Lantaran itulah pada PRU-12 yang lalu. ramai ahli UMNO membuat undi protes dengan menyokong Fuziah Salleh hingga menyaksikan Naib Presiden PKR itu menang ke atas Fu Ah Kiow. Keputusan itu jelas satu tamparan hebat buat MCA Pahang sendiri dan seharusnya kerusi Parlimen Kuantan dikembalikan kepada UMNO pada PRU-13 ini nanti. Jika tidak, sudah pasti Fuziah Salleh akan menang dengan lebih selesa kali ini.


[size=85%]Fuziah dan beberapa pemimpin yang pernah mewakili Parlimen Kuantan

[size=85%]Zaid kemungkinan meletakkan calon KITA bertanding di kawasan Kuantan

[Berdasarkan senario di atas, maka kemungkinan besar akan muncul calon "ketiga" di kerusi DUN Semambu dan DUN Teruntum pada pilihanraya umum kali ini. Desas-desus ada mengatakan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim juga berminat untuk meletakkan calon mereka di kedua-dua kerusi DUN itu. Risikan mendapati Zaid akan turun ke Kuantan dalam masa terdekat ini untuk bertemu penyokongnya dan menerangkan dasar serta hala tuju parti itu. Maknanya, harapan cerah untuk KITA meletakkan calonnya kini bukan omongan kosong lagi. KITA dikatakan sedang merisik calon-calon "popular" dan diterima rakyat untuk bertanding di situ. Soalnya, apakah KITA boleh menentukan keputusan di kawasan terbabit agaknya. Calon bebas juga dikatakan amat berminat di kedua-dua DUN terbabit. Ia berdasarkan masalah kepercayaan dan krisis dalaman kedua-dua parti baik pembangkang mahu pun kerajaan yang masih belu berkesudahan hingga ke hari ini. Di atas kertas, pembangkang dilihat ada kekuatan kerana isu "Lynas". Namun, atas padang tidak siapa yang tahu. Andai berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan terbabit, pasti ia akan mengubah keputusan yang memihak kepada pembangkang sebenarnya. Tambahan pula jika calon bebas atau KITA berbangsa Melayu dan diterima rakyat. Pada masa ini, kedua-dua pihak kini sedang berlumba-lumba untuk menentukan calon di kawasan berkenaan. Namun, tidak dapat dipastikan siapakah yang akan terpilih sebenarnya, kerana ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti masing-masing. Apapun, kini calon bebas dan KITA sudah mula menguatkan jentera dan buat kerja untuk membawa perubahan politik baru bagi rakyat Kuantan. Perubahan besar pasti akan disaksikan pada kali ini!. Selamat berjuang buat semua!].

回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 15-10-2011 01:37 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 01:40 PM | 显示全部楼层

你还记得在1999年华社给予国阵大力支持的时候发生了
什么事吗?这里让我们一同回顾当时给予国阵支持后的待遇


1999年的第十届全国大选前,雪华堂民权委员会等11
华团成立“马来西亚华团大选诉求工委会”,并在短短两三
个月内争取了2095个大小团体联署《马来西亚华团大选
诉求》;马华公会总会长林良实、民政党主席林敬益及人联
党刘贤镇在1999年9月23日代表内阁宣布“原则上接
纳《华团大选诉求》”。

不过,国阵在1999年11月29日的大选狂胜后,立场
骤变;2000年8月16日《诉求》发表一周年后,巫统
控制的《马来西亚前锋报》开始以质疑马来人特权的角度炒
作《诉求》课题,巫统政要也纷纷口诛笔伐。

2000年8月18日,巫统青年团副团长阿都阿兹率领两
百名团员到隆雪华堂示威,粗野地以食指指着诉求工委会秘
书谢春荣的鼻子嚣骂。

这就是国阵。当时强大的马华和民政在哪里?我也很想知道
。。。
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 01:43 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 01:52 PM | 显示全部楼层

首相两夫妻和霹雳州大臣说要搭巴士,体验一下民间之苦。
他妈的体验个屁!!!!

敢问各位平民百姓,谁有搭过像照片里那样豪华的巴士??
???


回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 01:54 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 15-10-2011 01:59 PM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 02:07 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-10-2011 02:18 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 16-10-2011 01:47 AM | 显示全部楼层
来届大选弃国攻州 赛夫丁或有望任彭大臣


(文德甲15日讯)高等教育副部长兼淡马鲁国会议员拿督赛夫丁在来届大选弃国攻州,若获胜,既有可能成为彭亨州务大臣。

根据巫统消息指出,经过协商后,巫统淡马鲁区会署理主席拿督赛夫丁在来届大选,极可能会放弃捍卫淡马鲁国会议席,转去攻打州议席,一旦获胜可望出任彭亨州务大臣。
现任彭州务大臣拿督斯里安南耶谷因莱纳斯稀土搞到彭亨子民不满,经过国阵领袖商讨后,建议安南耶谷在来届大选弃战州议席,国阵将安排他出任上议员,然后保送入阁。
若消息证实,赛夫丁将出阵安南耶谷文冬柏朗埃州选区或联增州选区,而之前被喻为有望要成为彭亨州务大臣的现任联增州议席兼州行政议员拿督莫哈末沙卡,极可能出阵淡马鲁国会选区,若获胜受委副部长或部长职。
赛夫丁在308大选以新人出阵淡马鲁国会选区,以2441的多数票胜公正党淡马鲁区部主席尼占。在淡马鲁1国3州中,除了文德甲及联增州选区分别由马华及巫统上阵获胜之外,瓜拉斯曼丹州选区则由回教党夺得。
瓜拉斯曼丹州选区历来都是最不稳定的一个选区,在2004年大选,由于前首相阿都拉初上任的旋风,成功从回教党手中夺回,但是在308大选却又输给回教党。
308大选回教党新兵赛哈密莫哈末,以932张多数票击败国阵巫统新人凯鲁丁。有关瓜拉斯曼丹州选区在这次大选中,还是由巫统上阵,根据了解,巫统淡马鲁区会共有5人角逐争出线。
至于文德甲州选区方面,马华淡马鲁区会主席兼现任州议员拿督蔡文祥在308大选也是以2439多数票胜行动党的黄魁林,在这届大选,若无意外,会继续守土文德甲州选区。
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 16-10-2011 02:10 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 18-10-2011 12:46 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 18-10-2011 12:49 AM 编辑

MB Pahang Dijangka Melawat Tapak Kilang Proses Bijih Besi Phoenix Lake Di Sri Jaya Minggu Depan !
KUANTAN 17 Okt - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) dijangka melawat tapak kilang pemprosesan bijih besi Phoenix Lake Sdn. Bhd., yang mengakibatkan banjir lumpur di kawasan terbabit minggu depan. Menurut beliau, kejadian yang berlaku di sekitar Srijaya, Maran baru-baru ini adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau berkata, syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. "Saya sudah melihat laporan mengenai operasi perlombongan itu dan mengakui syarikat berkenaan menjalankan kaedah betul termasuk penggunaan kolam rawatan yang mengeluarkan air bersih," katanya kepada pemberita. Minggu lalu, Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur Ahad lalu yang berlaku disebabkan dinding salah sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikatnya pecah. Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu telah menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu. Dalam pada itu, Adnan juga memuji tindakan syarikat terbabit memberi pampasan kepada penduduk terbabit yang terlibat dalam kejadian tersebut. Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut perlu membuat kajian dan ujian bagi mengukuhkan kolam bagi pastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

[Tindakan Menteri Besar Pahang ini adalah wajar bagi memastikan peristiwa yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Amat mengejutkan apabila sebuah kilang memproses bijih besi yang dikatakan telah mengikut segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapka tiba-tiba berlaku kejadian seperti itu. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. Jika tidak sudah pasti sesuatu yang lebih buruk akan dapat disaksikan. Kerakusan pihak berkenaan mengerjakan lombong-lombong terbabit juga perlu diberi perhatian. Memang awalnya mereka mengikut prosedur, tetapi bila tidak dipantau terkadang mereka akan membuat kerja tanpa berpandukan prosedur yang telah ditetapkan. Inilah yang terjadi dalam insiden banjir lumpur di Sri Jaya, Maran sebenarnya].
回复

使用道具 举报

发表于 18-10-2011 12:58 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 18-10-2011 01:04 AM 编辑

Isu Lynas: Blogger "Beri Tempoh Sebulan" Kepada Mana-Mana Pihak Dalam Parti Pembangkang Yang Terlibat Dengan Projek Tersebut Untuk Tarik Diri !
KUANTAN, [size=85%]17 Okt - Blogger Cucumatkilau[size=85%] (foto) [size=85%]
hari ini tampil dengan pendedahan terbaru dalam blognya pasal isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat sekarang. Beliau dengan beraninya memberi tempoh selama sebulan kepada semua pihak dalam "parti pembangkang" atau mereka yang membantah Lynas agar tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat tersebut. Sebelum ini kami memang sudah mendapat maklumat bahawa ada anak-anak pemimpin dan ahli parti pembangkang yang bekerja di kilang terbabit. Malah, terdapat juga beberapa maklumat tentang penglibatan secara langsung pihak terbabit dengan projek berkenaan. "Ramai yang terkejut bila dalam laman facebook, CMK ada mendedahkan tentang beberapa kerat individu dalam "parti pembangkang" yang mempunyai projek secara langsung dengan Lynas Corporation, iaitu syarikat yang ditentang habis-habisan kononnya akan menghasilkan "sisa radioaktif" akibat bahan buangan hasil pemerosesan "rare aerth" di kilang mereka dekat Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Pendedahan CMK itu mendapat komentar panas daripada semua pihak, malah ada yang mahu CMK dedahkan terus siapakah individu yang terlibat?. Di fahamkan, individu terbabit bukan sahaja mendapat projek dalam syarikat Australia itu malah ada diantara mereka turut membiarkan ahli keluarga dan saudara mara bekerja di situ. Mereka ternyata khianat kepada perjuangan rakyat yang mahu kilang itu dinyahkan dari bumi Pahang ini. Di depan mereka menyokong berapi-rapi kempen bantahan Lynas. Tetapi dibelakang mereka "main projek" dan makan besar hasil keuntungan yang diperolehi. Apakah begini caranya mereka berjuang?", kata Blogger Cucumatkilau. Ikuti kenyataan beliau DI SINI.

[Secara dasarnya, tindakan pihak terbabit adalah tidak adil buat mereka yang berjuang bermati-matian membantah Lynas. Atas apa jua alasan sekali pun, semua pihak terbabit digesa untuk undur diri daripada projek itu. Ini kerana mereka telah khianat kepada rakyat Kuantan. Tempoh sebulan diberikan oleh Blogger Cucumatkilau adalah relevan untuk kesemua mereka beri notis sebulan untuk letak jawatan atau tamatkan kontrak masing-masing. Jika semua ini tidak dilakukan maka kami khuatir sesuatu yang lebih menggemparkan akan terjadi. Mungkin nama-nama pemimpin dan individu berkenaan akan dibongkarkan oleh beliau selepas itu. Berjuang biarlah ikhlas dan jujur. Jangan lakukan sesuatu yang jelas sekali mengecewakan semua pihak. orang lain sibuk berkempen, berdemo dan berhadapan dengan berbagai tindakan gara-gara memprotes Lynas, mereka pula selesa "makan hasil" dari projek tersebut. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Justeru itu "undur segera" sebelum ada pihak yang mendedahkannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang!].
回复

使用道具 举报

发表于 18-10-2011 01:02 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 18-10-2011 01:04 AM 编辑

MB Kata, 'Takdir' Sebabkan Kolam Lombong Bijih Besi Pecah, Apakah Takdir Juga Akan Di Salahkan Jika Isu Sama Terjadi Kepada Kilang Lynas Kelak !
Ramai rakyat Kuantan gusar dengan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob bahawa "takdir" menjadi punca kejadian banjir lumpur di kilang memproses bijih besi milik Phoenix Lake Sdn. Bhd di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Kenyataan tersebut menggambarkan, langsung tidak berlaku "kesilapan manusia" dalam insiden terbabit. Apa yang diucapkan oleh Adnan itu, samalah dengan sikap mantan Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Samy Vellu satu ketika dulu. Beliau gemar menyalahkan takdir bila apa jua kejadian berlaku melibatkan kementerian dibawah jagaannya. Maka akhirnya takdri menentukan dia kini sudah tinggal menjadi lipatan sejarah dalam "arkib negara". Justeru itu wajarkah Adnan juga menyalahkan tadkir sebagai punca kejadian tersebut?. Adnan berkata, adalah takdir kerana pihak pengurusan syarikat terbabit sudah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau turut menegaskan syarikat perlombongan tersebut sudah melaksanakan satu prosedur sempurna, namun, malangnya kejadian tanah runtuh berlaku di situ. Jika takdir dipersalahkan, maka sia-sia saja laporan teknikal yang dibuat oleh enam jabatan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang ketika permohonan itu dibuat sebelum kelulusan.

[size=85%]
Jika kolam lombong yang sudah mengikut peraturan ini pun akhirnya pecah
dan menjadi bencana kepada rakyat, maka apakah kita yakin Lynas selama


Persoalannya sekarang, salah satu jabatan yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar Pahang iaitu jabatan yang sama dikatakan terlibat menyediakan Laporan Penialaian Alam Sekitar (EIA) Bagi “Proposed Advanced Materials Plant, Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang” Oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd. Klik Sini untuk bukti Laporan EIA tersebut Vol 1 (Main Report Part 1 Of 2) , Vol 2 (Main Report Part 2 Of 2), Vol 2 (Appendices). Jika mengambil kira faktor "takdir" dalam kejadian lombog bijih besi di Sri Jaya itu, maka ia bermakna laporan oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang tidak menepati piawaian dan langsung tidak boleh dipakai sebenarnya. Maknanya laporan enam jabatan yang dibuat terhadap mana-mana permohonan lombong bijih besi selama ini juga boleh dipertikaikan. Mujurlah tiada kejadian kemalangan jiwa berlaku. Bayangkan jika kes kematian dan sebagainya berlaku dalam kejadian itu.


[size=85%]Apakah bila radioaktif terhasil daripada kilang Lynas ini maka ia adalah takdir
[size=85%]dan menjadi risiko yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Kuantan gamaknya


[Maka itu juga, apakah rakyat Kuantan boleh yakin dan percaya dengan laporan EIA yang dibuat terhadap projek kilang memproses rare-earth Lynas di Gebeng itu agaknya?. Risiko tetap akan berlaku dan apakah ketika itu "takdir" akan dipesalahkan, sedangkan Kerajaan Negeri Pahang punyai kuasa untuk menghalangnya. Apakah nasib generasi dan anak cucu akan datang jika sesuatu yang buruk berlaku. Kejadian di Sri Jaya ini haruslah dijadikan ikhtibar agar manusia tidak terlalu sombong dan bongkak dengan kecanggihan teknologinya dalam menilai sesuatu projek itu. Takdir mengatasi segalanya dan ketika itu, semua yang ada akan terpalit dengan bencana yang menimpa. Ingatlah, nasib dan masa depan anak cucu kita berada ditangan kita sekarang. Kita tidak perlu lagi yakin dengan pihak-pihak yang membuat "kajian" kerana akhirnya mereka akan menyalahkan takdir bila bencana terjadi. Apakah kita harus korbankan takdir untuk kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang?. Maka itu fikirkanlah].

回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 6-11-2024 01:56 PM , Processed in 0.112669 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表