|
发表于 6-11-2011 12:33 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 6-11-2011 12:37 PM 编辑
Panas: Lombong Pecah Di Maran, Kerajaan Negeri Di Gesa Pantau Laporan EIA Dan Siasat Dakwaan Ada Berlakunya Kematian Dalam Tragedi Terbabit
Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat satu laporan yang dipercayai telah disembunyikan maklumatnya daripada pengetahuan orang ramai berkaitan dengan berikutan kejadian sebuah lombong bijih besi milik Pheonix Lake Sdn. Bhd. di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Ia berkaitan dengan timbulnya cerita panas sejak akhir-akhir ini bahawa dalam kejadiann tersebut terdapat tujuh mangsa yang merupakan pekerja lombong berkenaan telah terimbus dan ditemui mati ketika kejadian. Persoalannya, kenapa ia perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai jika kerajaan benar-benar ikhlas dan jujur dalam hal ini. Tidak diketahui kenapa maklumat itu disembunyikan, namun rakyat sewajarnya dimaklumkan tentang kebenaran hakiki dan tidak perlu ada perasaan takut oleh pihak terbabit untuk merahsiakannya. Dakwaan bahawa "ada kematian" dalam kejadian terbabit mula tersebar apabila ada beberapa pekerja yang takut dan mula menyampaikan maklumat tersebut. Anehnya, pihak media dihalang mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang melibatkan Lombong Bijih Besi terbesar di Asia Tenggara itu. Jika benar dakwaan ada kematian, maka kenapa ia harus disembunyikan?. Apakah kerana mahu menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam syarikat terbabit?. Dalam satu laporan yang dibuat oleh TV3 sebelum ini, wartawan mereka telah dihalang oleh pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang kejadian. Malah, Menteri Besar Pahang ketika ditanya oleh media hanya mengucapkan tahniah kepada syarikat berkenaan kerana telah memberikan pampasan kepada penduduk (haram) yang dikatakan mendiami kawasan berkenaan. Namun, terdapat laporan daripada penduduk bahawa sebahagian daripada lombong berkenaan juga dipercayai "haram" kerana tidak mempunya "Mining Certificate"(MC) yang sah. Malah, mereka juga ragu-ragu dengan laporan yang dibuat oleh enam jabatan yang meluluskan kawasan terbabit sebenarnya. Maknanya terdapat rahsia besar yang cuba disembunyikan daripada rakyat dalam kejadian itu.
Apakah telah dilakukkan kajian Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada lombong seperti di bawah ini[size=85%] (foto)? Penarahan bukit secara terbuka seperti didalam gambar ini dengan untuk melombong bijih seperti ini kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang merosakkan harta benda dan memusnahkan hasil pertanian jika berlaku kejadian hujan lebat. Fail foto di SINI. Ramai yang keliru dengan laporan pihak berkenaan sebenarnya. Jika lombong yang terbesar di Asia Tenggara itu pun boleh pecah selepas mendapat khidmat nasihat enam jabatan termasuk JAS, maka itulah rakyat Kuantan sebenarnya terlalu takut dengan laporan yang sama dikatakan dibuat oleh JAS terhadap projek kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat Gebeng itu sebenarnya.
[size=85%]Cuba lihat, inilah salah satu kawasan lombong bijih di Pahang sebenarnya
[Susulan dengan itu Kerajaan Negeri Pahang digesa menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat laporan berkenaan kematian yang berlaku di lombong berkenaan. Biar pun ia tidak didedahkan kepada pihak media namun daripada maklumat yang diberikan oleh pekerja dan orang awam yang tahu kisah ini, ianya sepatutnya didedahkan agar menjadi tauladan kepada pengusaha lombong yang lain supaya lebih berhati-hati dengan isu seperti ini. Kita tidak mahu lebih ramai penduduk yang terlibat menjadi mangsa jika ia tidak ditangani dengan betu. Memang benar MB menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, dan itu jugalah alasan yanga kan diberikan jika perkara yang sama berlaku kepada kilang Lynas kelak. Maka itu, rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk mengetahui kisah sebenar di sebaalik tragedi yang telah didedahkan oleh TV3 ini. Jika dirahsiakan, lama-kelamaan rakyat akhirnya akan tahu juga dan mereka akan mengatakan kerajaan menipu dan cuba menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat. Maka, bagaimana rakyat mahu menyokong mereka lagi pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?. Sudah pasti mereka akan buat undi protes. Apakah ini yang kerajaan negeri BN inginkan agaknya?]. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 04:36 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 6-11-2011 04:37 PM 编辑
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 05:30 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 06:03 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 6-11-2011 06:04 PM 编辑
Sunday, 6 November 2011
Najib bakal hadapi "Mobilisasi Terbesar Perhimpunan Rakyat", jika bubar parlimen dalam masa terdekat.
Kenyataan Media
5 November 2011
Di serata dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Negara ini juga secara langsung atau tidak langsung sebenarnya telah menyahut kebangkitan kuasa rakyat yang amat ditakuti oleh kerajaan yang menyonsang demokrasi untuk kekal memerintah.
Di sebalik kekalnya sebuah kerajaan melalui penipuan demi penipuan, termasuklah penipuan dalam pilihanraya yang melihatkan mereka dengan maksud tertentu telah menolak sistem pilihanraya yang reliable, bersih dan adil, tetapi memilih untuk meneruskan sistem pilihanraya yang meragukan dan mudah dimanipulasi agensi yang diperkuda oleh kerajaan itu sendiri.
Kerajaan ini juga hebat berlakon kononnya mereka mempunyai sokongan yang kuat, tetapi asasnya ialah rakyat rata-ratanya telah menolak regim pemerintah di atas faktor penindasan dan penyelewengan kepercayaan rakyat. Lalu kerajaan ini tumbang tersungkur walaupun memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya ciptaan mereka.
Itulah yang berlaku di kebanyakkan negara yang diperintah oleh regim yang menafikan demokrasi serta memperkuda semua agensi yang seharusnya bertindak neutral, malah sanggup menjual kedaulatan negara demi mengekal kuasa.
Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah.
Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya. Dalam pada itu, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi pilihanraya yang dijanjikan selesai terlebih dahulu.
Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula perbagai perkembangan negative seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara ‘istimewa’ untuk tujuan mengundi. Kegilaan ini seolah-olah menjual negara demi mengekal kuasa.
Juga turut dikhuatiri berlaku, tuntutan penambahbaikkan sistem pilihanraya dalam konteks mereformasikan sistem undi pos dalam protes sebelum ini bukan sahaja tidak diendah malah diburukkan lagi dengan cadangan pekerja awam selain polis dan tentera seperti anggota RELA dan jururawat dipaksa menggunakan undi pos. Sistem pilihanraya dilihat makin dilacurkan untuk membenarkan regim terus berkuasa.
Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihanraya umum berlaku dalam masa terdekat. Mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji, menguatkan lagi betapa November dipilih sebagai waktu paling sesuai lantas memberi kelebihan tambahan buat regim.
Kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa Pilihanraya Umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.
Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.
Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini. Jika Pilihanraya Umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar.
Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan. Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa.
Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar – benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan.
Kami bagi pihak rakyat Malaysia yang perihatin memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Malaysia pilihanraya wajib hanya selepas proses penambah baikan proses pilihanraya yangs serius dan menyakinkan selesai atau berdepan dengan kuasa rakyat.
*dibacakan oleh che’GuBard
bagi pihak SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 06:46 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 07:00 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 07:01 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 6-11-2011 07:15 PM 编辑
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 10:48 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-11-2011 10:50 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 01:14 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 01:18 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 01:28 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 01:46 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 02:00 PM
|
显示全部楼层
'Stop Lynas Coalition' Jemput Orang Ramai Sertai Taklimat 'Tindakan Mahkamah' Terhadap Lynas !
KUANTAN, [size=85%]7 Nov - Stop Lynas Coalition (SLC) bersama 32 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, bakal mengadakan "Town Hall Meeting" bagi memberi taklimat kepada rakyat tentang tindakan mahkamah yang bakal diambil terhadap Lynas Corporation, iaitu syarikat Australia yang membina kilang memproses "rare-earth" di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Taklimat bakal diadakan di Restorang Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad bermula jam 8.30 malam ini. Justeru itu pihak penganjur mempelawa orang ramai terutamanya warga Kuantan yang prihatin dan membantah isu Lynas untuk datang beramai-ramai pada malam ini. Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas dengan lebih hebat lagi selepas ini, bila mana satu tindakan undang-undang pula akan diambil terhadap kegagalan mereka menghalang projek tersebut didirikan di negeri ini. Selepas sekian lama rakyat bangkit membantah dan terpaksa mendengar kenyataan dangkal daripada pihak-pihak tertentu tentang isu ini, maka sudah tiba masanya untuk kes berkenaan di bawa ke muka pengadilan. Jika ini berlaku, bermakna satu lagi episod bersejarah pasti akan terjadi selepas ini sama seperti kes kemenangan rakyat Bukit Merah (Perak) terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di sana dulu. Biar pun mengambil tempoh yang lama berhadapan dengan perbicaraan, namun akhirnya rakyat menang dan kilang tersebut terpaksa ditutup. Kini, rakyat Kuantan bakal menyaksikan satu lagi episod perjuangan yang lebih besar dalam usaha membantah kilang Lynas selepas segala usaha dipandang sepi oleh pihak kerajaan selama ini. Malah, mereka yang membantah pula dituduh menyeleweng fakta walhal seluruh dunia tahu tentang bahaya "rare earth" terhadap kehidupan manusia itu sebenarnya.
[Umum masih ingat Kerajaan Negeri Pahang pernah dikalahkan dalam isu saman oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn.Bhd dan terpaksa membayar jutaan ringgit kepada pihak tertabit. Biar pun ia dinafikan oleh kerajaan, namun rakyat melihat segalanya dan yakin isu Lynas juga bakal berhadapan dengan tindakan yang sama. Namun, bezanya rakyat bukan mahu "wang" dari Lynas sebaliknya mereka tidak mahu kilang tersebut didirikan dan beroperasi di Kuantan. Difahamkan, saman akan bermula pada bulan Disember 2011 ini. Dengan tindakan ini, maka rakyat pasti akan melihat berbagai pembongkaran berserta dengan fakta penting untuk mengesahkan kenapa Lynas perlu dibawa keluar dari bumi Pahang sebenarya. Kehadiran malam adalah terbuka dan percuma]. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-11-2011 05:18 PM
|
显示全部楼层
读者来函:大马华人必看!马华,我就是要投回教党,吹咩?
我,身为马来西亚华人,我的选区没有火箭和蓝眼,只有巫统和回教党对垒,我现在正式宣布,下届大选,我会投回教党神圣的一票!
看到马华那班无能的领袖在代表大会义正言辞全面反击什么回教党的刑事法,说什么捍卫马来西亚多元文化,我很想说一句,马华,你去死吧!
他妈的,我身为大马华人,现在就要跟马华说,我下届大选,肯定会投回教党!屌你都傻!
不要跟我说要什么会成立回教国,会砍手砍脚,他妈的,在你和巫统治理下的马来西亚,都可以推赵明福下楼啦,警察都可以随便开枪杀人啦,扣留所都打死不少人啦!我们还没有被回教党砍手砍脚之前,都可能随时被执法单位整死了!
他妈的,马华这种烂党,天天在报纸抹黑回教党,你知不知道,回教党甚至在吉兰丹州拨地给独中,以地养校;在霹雳州,回教党做州务大臣时也一样,niama,马华你做了政府这么多年,连制度化拨款给华小都做不到,你现在叫我们不要投回教党,痴线!
他妈的,一个堂堂大党,在党代表大会,竟然可以费尽全力去谴责回教理念,却默许巫统的马来种族主义横行,你说这是什么烂党?真是无可救药的腐败政党。
当巫统常常攻击华人是寄居者,还叫我们回唐山,是回教党站出来捍卫我们!
当巫统禁止非穆斯林用阿拉字眼时,是回教党站出来捍卫非回教徒的权利!
当巫统禁止非穆斯林进入回教堂时,是回教党站出来反对巫统!
当亲巫统的Perkasa常常攻击民联出卖马来人时,是回教党站出来反驳他们!
他妈的,你马华做过什么?只会讲巫统不应该这样,不应该那样,如果你厉害的话,我们华人现在还是二等公民咩?有骨气的,你退出国阵啦!笨!
讲到真是火滚,你马华吃钱吃那么多年,一个巴生自贸区就吞了125亿,开个facebook 180万,还有那种大大小小的kopi钱咧??人民的钱是给你们独吞掉啊!回教党呢?你有听过回教党贪污吗?回教党就是出名清廉,执政吉兰丹20年,一宗贪污案件也没有,州务大臣还是住高脚屋,吃nasi lemak啊!你们动不动就说赢了请吃龙虾,还要我们投你?
马华,你收皮啦!看到首相压力下宣布废除内安法令,就好象狗一样,立刻赞同,他妈的,你这么多年支持侵犯人权的法令时,态度可以一夜之间改变,你以为人民是傻的咩?这么多年,回教党都带领人民全面抗争,无论是反内安法令游行,还是bersih 1或2 ,回教党都是站在反暴政的最前线,为人民挡催泪弹,顶水泡弹!
709的时候,巫统在谴责我们街头游行的时候,回教党志工在危难时刻,杀出一条血路,然后说“让华人先离开,我们保护他们。”他妈的,你们马华呢?当时躲在哪里?现在还要叫我们不要投回教党?你去死啦!
他妈的,做政府做那么多年,那个三级片总会长还在台上,促请政府这个。。。促请政府那个。。。你到底有没有当过自己是政府啊??如果自己做不来,做不到,换人做啦!笨!
最够力的是,那个廖中莱,挑战行动党退出民联,他妈的,你们巫统议员当初在吉兰丹和丁加奴议会通过回教法时,高举双手赞成啊!行动党一票也没有投过啊!你不现在带领马华退出国阵??
回教党要实行回教刑事法,那是他们党的最高理想,就好象民进党要台独一样啦,但是总会不成,因为政治现实不允许,何况回教党是跟民联两个党结盟,执政的时候是以民联的橙皮书执政,不是回教党或行动党自己党的最高理念。那当然会有华人问吉兰丹怎么办呢?
我很想问回他们,即使吉兰丹实行又怎样?你不是回教徒,关你什么事?何况,你等民联拿到2/3多数议席来修宪才谈啦,现在连政府都还没有换啊!现在一大堆幽灵选民啊,民联甚至分分钟守不住1/3的议席啊!
又有很多华人问,民联拿到2/3时不是惨咯?我说他妈的,惨你的头,如果民联可以拿2/3,行动党在里面肯定有50席,行动党只要不投支持票,修宪就不成了咯。
然后又有更多的华人问,如果行动党缩春,支持修宪落实回教法呢?屌,如果你不喜欢,你不是换回国阵咯。难道下届选举,换了政府之后,我们改次就不会再有选举咩?选举就是给我们不认同那个政府的政策时,换一个政府改善它的嘛!
有些华人真是很愚昧,我是有那句讲那句,如果下届大选,我们因为害怕一个根本还没有出现过的回教法,而去支持一个存在已久的贪污腐败,侵犯人权的政府,那我只能说,我们华人犯贱!我们华人和人民的命运就是栽在自己的手上!
华人,你醒醒吧!不要再给马华蒙骗了!要改善我们华人在这片土地的命运,我们只有投火箭,投蓝眼,投月亮,团结一致换掉这个烂政府!如果你爱你的民族,你爱的人民,你爱你的国家,请把这个文章share给每一个你的朋友。下届大选,让我们一起高唱“月亮代表我的心”! |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 8-11-2011 05:46 AM
|
显示全部楼层
读者来函:大马华人必看!马华,我就是要投回教党,吹咩?
我,身为马来西亚华人,我的选区没有火箭和蓝 ...
沉睡的巨龙 发表于 7-11-2011 05:18 PM
来吧,大家一起高唱“月亮代表我的心” |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 8-11-2011 10:52 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 8-11-2011 10:55 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 8-11-2011 10:56 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 8-11-2011 11:25 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|