佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 14-11-2011 12:19 AM | 显示全部楼层
今日西彭. 4組織抵武吉公滿交流 匯報反山埃採金進展

(勞勿都賴12日訊)彭州4個反環境污染委員會組織今早在勞勿武吉公滿進行彙報交流, 約數十名村名出席聆聽。


秘書櫃檯處張佩霞在會上報告武吉公滿山埃採金的禍害及奮鬥進展,后由團體主席進行彙報及交流。

盼法院公平審判
 勞勿都賴區州議員鍾紹安說,政府的空氣素質測試是屬于短暫及抽樣式,難以作準,可是由人民購買的儀器每天24小時偵察測試,經發現危險水平嚴重超標, 值得大家關注。
 拯救大馬委員會主席陳文德說,全國性的“反萊納聯盟”已成立,共23單位參與,包括民間組織及律師團體,將儘快推動活動以阻止建竣的工廠啟動操作。
 勞勿反山埃採金委員會黃金雄說,反山埃採金委員會已奮鬥6年,已盡本份,官司也輸了兩次,上訴聯邦法院后,已訂于明年1月11 日的上庭接受裁決,希望法院能公平作出審判,以安民心。
 金馬崙反焚化爐委員會蘇利亞古馬指出,花費鉅資的Blue Valley 的垃圾焚化爐在沒有獲得民意下,在兩年前建成,對旅遊區及菜園造成污染及影響。
 他已向環境部、衛生部及人民代議士作出反應,可是沒有下文。目前已收集了700名人民簽名反對,將與武吉公滿人共勉。
 勞勿伊斯蘭黨環境局主任哈利斯冀望上述4團體聯合組織團體向有關方面作出反映,共同爭取一個乾淨清潔、生命有保障的環境, 并善用手上否決權去決定命運。
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 14-11-2011 12:20 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 12:28 AM | 显示全部楼层


国阵的派头
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 12:30 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 12:35 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 12:40 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 14-11-2011 12:44 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 12:51 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 14-11-2011 01:05 AM | 显示全部楼层
Kemalangan, Ramai Yang Kecewa, Kerajaan Gagal Memperbaiki Jalan Lama Dari Kuantan Ke Maran!
KUANTAN, [size=85%]13 Nov - Orang ramai yang sering melalui Jalan Kuantan-Maran melalui jalan lama (Gambang) kecewa dengan kerajaan yang gagal, membaik pulih beberapa laluan berbahaya termasuk di Kilometer 47 yang menjadi lokasi kemalangan ngeri yang melibatkan dua mangsa rentung petang semalam. Difahamkan jalan di kawasan tersebut memang tidak stabil dan merbahaya kepada lalu lintas. Menurut laporan sudah beberapa kali pihak berkenaan menghantar laporan berkenaan kerosakkan jalan terbabit kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini ia masih tidak diperbaiki. Jalan terbabit dipercayai bermasalah kerana permukaannya yang tinggi rendah, ada depration dan keretakan serta "site table" yang teruk dari kawasan Semuji Resort ke Paya Bungor. Ramai yang menghantar komen kepada kami yang tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku tempohari kerana memang mereka sudah menjangka sejak sekian lama. Malah, laluan terbabit langsung tidak diambil berat oleh pihak kerajaan. "Kami bayar road tau tapi kerajaan buat tak tau jer... JKR pun sama.. Dato' Pengarah JKR tu letak jawatan jer lar... Bayar saman berjuta ... mana pergi duitnyer .. repairlah jalan tu .. jangan buat bayar gaji .. kecewa betul kami dengan kerajaan sekarang .. baik tukar kerajaan baru jer lah .. Jom kita semua terutamanya saudara mara mangsa yang terkorban semalam .. insaflah... tukar kerajaan baru, tengok perubahan pula", kata seorang komentar. Sementara itu, satu lagi komentar yang kami terima berbunyi "Ketua Pegawai Bomba ... Ada Baca Blog ini (PDO)?. Nak tanya jer ... masa bawa tangki bomba yang penuh air tu (ke lokasi kejadian) ... ada rasa bergoyang ke?.. nak terbalik ke?, masa lalu kat KM42 hingga KM44 tu ... dekat dengan tempat kemalangan tu dah ada tak masuk Lorong Bertentangan untuk mengelak jalan yang rosak, tak stabil dan retak di situ?. Jawab biar ikhlas kat sini ... kita sama-sama rasai, JKR sama rasai, YB sama rasai tapi mereka ikut highway (LPT) sebab claim free", kata kenyataan itu.
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 01:07 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 14-11-2011 01:08 AM 编辑

Program Anjuran NGO "Save Malaysia Stop Lynas" Berjaya Juga Di Adakan Biar Pun Ada Gangguan !! KUANTAN, [size=85%]13 Nov - Program "1311 Demi Keluarga Kita" yang dianjurkan oleh Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Taman Gelora hari ini berjaya biarpun mendapat berbagai gangguan oleh pihak kerajaan. Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu bagaimana pun tidak dapat disertai oleh lebih ramai rakyat kerana gangguan sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan polis mengadakan sekatan jalanraya dari semua arah laluan masuk ke lokasi bagi menghalang orang ramai hadir. Walau bagaimana pun kehadiran masih membanggakan dimana hampir 2,000 berjaya meloloskan diri untuk hadir, walau pun masing-masing terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari lokasi. Hampir 100 orang anggota polis yang terdiri dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), trafik, Cawangan Khas (SB) dan yang lainnya dilihat sejak awal lagi telah bersiap sedia mengawal keadaan disitu. Difahamkan juga, pada masa yang sama satu lagi program sukan yang melibarkan agensi kerajaan telah dianjurkan secara "ad hoc" di lokasi terbabit. Ia ditambah lagi dengan persembahan hiburan dan lain-lain acara yang berkaitan. Program berkenaan dipercayai untuk menganggu aktiviti SMSL di kawasan itu. Apapun, penganjur SMSL telah mengubah program ke kawasan padang tenis di lokasi terbabit. Pihak polis yang memantau juga telah mengarahkan penganjur tidak menggunakan alat pembesar suara dan lain-lain yang berkaitan. Anehnya bagi acara sukan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dilokasi yang sama pula mereka membiarkan dentuman alat pembesar suara dengan sewenang-wenangnya. Tiada halangan dan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap aktiviti terbabit. Apapun, program SMSL itu akhirnya berjaya diadakan tanpa sebarang adengan yang tidak diingini telah berlaku.




Sebagai tanda sokongan terhadap bantahan itu, mereka membawa beberapa ‘pinata’ iaitu objek yang diperbuat daripada cebisan kertas dan memukulnya secara simbolik. Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka. Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu. Walaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daripada pergi ke lokasi terbabit.







[Ramai yang terkejut dengan tindakan pihak polis yang tergamak mengadakan sekatan jalanraya di ke semua laluan masuk ke Taman Gelora pagi tadi. Bukankah NGO terbabit hanya mengadakan himpunan aman dan tidak mengganggu sesiapa pun. Rakyat berhak menyokong atau membantah apa yang mereka fikir tidak menguntungkan mereka. Kerajaan pula berhak mempertahankan segala tindakan yang difikirkan menguntungkan mereka. Maka, sebagai sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini, tidak perlulah bertindak keterlalu hingga boleh mencetuskan satu keadaan yang huru-hara. Seolah-olah NGO terbabit mahu melakukan himpunan yang bertujuan untuk menyerang kerajaan. Jangan biarkan rakyat diperbodohkan dengan satu keadaan yang jelas mengelirukan ini. Sewajarnya kerajaan membuat satu tindakan yang lebih profesional seperti mengadakan kempen-kempen, ceramah-ceramah, promosi-promosi dan himpunan besar-besaran di stadium misalnya bagi membuktikan majoriti rakyat menyokong Lynas. Bukan dengan cara tekanan dan gangguan seperti ini. Memperbodohkan agensi kerajaan dengan mengadakan sukan di Taman Gelora untuk menganggu program NGO terbabit jelas satu tindakan tidak wajar. Malah, tindakan membawa pelatih PLKN ke situ dulu juga sesuatu yang melucukan. Persoalannya, kenapa takut berhadapan dengan risiko jika mereka merasa Lynas itu selamat?. Siapa yang bayar gaji anggota polis dan pihak yang "membuang masa" mengganggu program tersebut?. Bukankah dari duit rakyat. Jangan biarkan rakyat terus bangkit menentang dan menjatuhkan BN dalam pilihanraya umum akan datang bila mereka bosan dan benci dengan tindakan yang jelas tidak profesional ini].

回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 01:09 AM | 显示全部楼层
Lynas: NGO Mahu 'Menteri Besar Pahang' Supaya Tidak 'Keluarkan Kenyataan' Yang Berbaur Rasis Serta 'Putar Belit Fakta Sebenar' Pasal Rare Earth
KUANTAN, [size=85%]13 Nov - Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) hari ini mahu Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob [size=85%](foto) supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar. Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis. “Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. “Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. “Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman,” petik kenyataan itu. Sehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. “Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” petik kenyataan itu.

Sementara itu mereka juga menuntut MB Pahang itu memohon maaf di atas kesilapan beliau menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan tanah jarang (rare earth) semasa temuramah beliau dengan aktivis Australia Ryan Albrey baru-baru ini. GHL dalam kenyataan yang diedarkan kepada media menyebut, mereka amat terkilan dengan kenyataan Adnan dalam temuramah tersebut bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses tanah jarang. GHL mendakwa, kenyataan Adnan itu merupakan satu tuduhan palsu dan tidak berasas kerana ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite sementara Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub untuk televisyen. “Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), tanah jarang terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan tanah jarang, mana pula juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. “Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. “Justeru, GHL menggesa Dato' Sri Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta beliau,” kata kenyataan itu lagi.

[size=85%]Video eksklusif tentang isu Asia Rare Earth di Papan, Bukit Merah Perak

[size=85%]Jawatankuasa Gabungan Hentikan Lynas (GHL) pada sidang media hari ini
Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang dijalani dalam kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. “Dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. “GHL anggap kenyataan yang dibuat oleh Adnan ini hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat justeru GHL meminta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. “Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” kenyataan tersebut dipetik.
回复

使用道具 举报

发表于 14-11-2011 01:44 AM | 显示全部楼层
HARI KELUARGA ANTI LYNAS DAN KENYATAAN MENGELIRUKAN DARI MB PAHANG
Pada pagi nanti (13 Nov 2011), bermula jam 07.30 kumpulan anti Lynas serta beberapa NGO akan mengadakan Hari Keluarga untuk bersantai di Pantai Taman Gelora, Kuantan.

Pantai Taman Gelora, Kuantan pada 09 Okt 11 yang lalu telah menyaksikan ribuan masyarakat berbilang kaum hadir berhimpun di dalam Himpunan Hijau iaitu salah satu program di dalam kempennya menentang pencemaran alam khususnya berkaitan dengan Projek Lynas di Gebeng.

Hari Keluarga pada pagi nanti adalah kesinambungan kepada kempen mereka menentang Lynas tetapi pendekatan hari ini berbeza sedikit. Mereka akan berkumpul di tempat yang sama bersama ahli keluarga di pantai berkenaan secara bersantai. Sehubungan itu, pihak berkuasa tidak seharusnya mengganggu program sosial tersebut.

Meskipun saban malam media kawalan kerajaan mengutarakan berbagai ulasan dan hujah untuk menunjukkan bahawa Projek Lynas itu tidak merbahaya kepada rakyat, namun rakyat tidak lagi sebodoh yang mereka fikirkan. Justeru itu, program dan kempen yang berbagai bentuk oleh kumpulan dan NGOs yang menentang Lynas tetap disemarakkan.

Berikut adalah kenyataan media dari Gabungan Hentikan Lynas sebagai respon kepada kenyataan MB Pahang di dalam isu ini. Adakah MB Pahang masih keliru dengan isu ini atau sengaja membutakan mata dan hati terhadap isu tersebut.
--------------------------------------------------------------------------- Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu auta?



Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob dalam satu temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011 menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi. Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi.

Ini merupakan satu kenyataan yang salah dan tidak berasas.

ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite. Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV. Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium.

Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan.

Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama.

GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah.

Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut.

Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar.

Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman.

GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.

Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja.

Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka.

Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang.

GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat. GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan
回复

使用道具 举报

发表于 15-11-2011 10:33 PM | 显示全部楼层
Panas: MCA Bakal Berputih Mata, Kerusi Parlimen Kuantan Sah Bakal Di Tandingi Oleh Calon UMNO
KUANTAN, [size=85%]15 Nov - Parlimen Kuantan bakal menyaksikan pertembungan tradisi kembali antara UMNO (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin vateran UMNO yang rapat dengan proksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Maklumat ini pasti membuatkan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Dato' Ti Lian Ker [size=85%](foto) berputih mata sebenarnya. Sebelum beliau dikatakan mahu kerusi Parlimen Indera Mahkota diberikan kepada MCA jika UMNO mahu bertanding di Kuantan. Namun, kini MCA mungkin kehilangan kedua-dua kerusi itu menurut pemimpin terbabit. Berdasarkan rekod sudah dua penggal MCA bertemu PKR di Parlimen Kuantan, yang menyaksikan calon parti itu Datuk Fu Ah Kiow tewas kepada Fuziah Salleh dengan majoriti 1,826 undi pada PRU-12 lalu. Fuziah mendapat 18,398 undi, manakala Fu Ah Kiow hanya mendapat 16,572 undi sahaja. Keputusan itu cukup mengejutkan dan memberi tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi itu dari PKR. Pada PRU-11 (2004) Fu Ah Kiow berjaya memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti cukup besar iaitu 9,147 undi iaitu lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh Tun Khalil Yaakob pada PRU-10 (1999). Khalil ketika itu menewaskan Fuziah dengan hanya 7,347 undi sahaja. Harus diingat sebelum zaman reformasi selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan, kerusi parlimen itu dimenangi oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman (UMNO) dengan majoriti lebih besar iaitu 23,096 undi pada PRU-9 (1995). Fauzi yang kini merupakan Pengerusi PKR Pahang menang ke atas calon Parti Melayu Semangat 46 (S46) iaitu Noorsiah Tuajib. Fauzi mendapat 33,718 undi, sementara Noorsiah hanya mendapat 10,622 undi sahaja. Tetapi harus diingat, sebelum itu pada PRU-8 (1991) Fauzi hanya menang tipis ke atas calon Semangat 46, Ahmad Mokhtar Hj.Mohamed dengan majoriti 5,867 undi sahaja. Itulah statistik terdahulu bagi kerusi Parlimen Kuantan.

[Kini, nampaknya bagai ada satu mandat daripada Najib untuk memberi laluan kepada UMNO supaya bertanding semula di Parlimen Kuantan. Mungkin kerana melihat Fuziah tidak menang jika penyokong UMNO memilih BN pada PRU-12 lalu. Buktinya, BN menang di keempat-empat DUN dalam parlimen itu sedangkan Fuziah menang di Parlimen. Semuanya gara-gara mereka menolak MCA yang bertanding di kawasan majoriti Melayu itu sebenarnya. Terdapat laporan sulit mengatakan UMNO diberi hak untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan MCA. Malah, calon yang berkenaan juga disyaki merupakan proksi Najib di situ. Jika ini berlaku, apakah Dato' Ti Lean Ker akan berdiam diri agaknya?. Sebelum ini diwar-warkan dia akan bertanding menentang Fuziah disitu. Namun, gara-gara isu Lynas dan melihat majoriti pengundi Cina akan "swing" serta tidak menyokong BN kali ini akhirnya UMNO dipertaruhkan. Soalnya, apakah Ti Lian Ker dapat menerima hakikat ini. Malah, kerusi Parlimen Indera Mahkota yang mahu ditukarkan juga pasti tidak menjadi kenyataan. Maknanya pemimpin MCA itu pasti akan berputih mata sekali lagi, selepas dimalukan pada PRU-12 lalu apabila tidak dicalonkan bertanding di mana-mana DUN dalam negeri Pahang. Senario ini pasti menarik untuk disaksikan. Jika dilihat kepada percaturan, siapa pun diletakkan di Kuantan kali ini pasti akan memberi kelebihan kepada Fuziah Salleh kerana beliau adalah "Pejuang Lynas" yang amat disanjung oleh rakyat Kuantan. Jika tiada perubahan pasti UMNO BN akan bertemu PKR pada PRU-13 ini nanti].
回复

使用道具 举报

发表于 15-11-2011 10:49 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 15-11-2011 10:54 PM 编辑

Lucu tapi ‘pedas’: Fuziah hidang ‘lauk’ pada Sivarasa
(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Satu video komedi ringkas yang menyindir loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan, dimuatnaik ke laman YouTube dan ia dibintangi tidak lain dan tidak bukan oleh Ahli Parlimen Kuantan sendiri, Fuziah Salleh.
Dengan judul “Masakan Cinta”, video komedi berjangka masa 4:44 itu menampilkan Fuziah sebagai “Chef Wani”, seorang chef selebriti yang bertungkus lumus membuang sisa radiasi daripada bahan-bahan masakannya.
“Pagi tadi saya ke pasar dan beli semua bahan-bahan segar untuk makan malam istimewa nanti,” kata “Chef Wani” sambil menunjukkan seekor ayam berkepala dua dan berkaki tiga dipercayai terkena sinaran radiasi.
Kebanyakan bahan masakan yang digunakan “Chef Wani” juga kelihatan seperti terkena radiasi termasuk sotong berkepala ikan, udang dengan bintik berwarna-warni dan juga pisang berbelang-belang.
Dalam video yang sama juga “Chef Wani” menggunakan alat khas untuk “membuang radiasi” daripada makanan itu.
Hidangan yang siap dimasak tidak lama kemudiannya dihidangkan kepada tetamu yang terdiri daripada antaranya, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang kelihatan keliru dan terkejut dengan “hidangan” yang disediakan Fuziah.
Menurut Fuziah, video itu adalah sebahagian daripada empat siri rakaman video yang dibikin untuk mewujudkan kesedaran terhadap Lynas dan memupuk minat khalayak untuk tahu dengan lebih mendalam terhadap loji pemprosesan itu.
“Ada minat di kalangan khalayak tetapi orang ramai kebanyakannya bergantung kepada khabar angin semata-mata. Terutamanya di kalangan komuniti Melayu yang mempunyai akses kepada media arus perdana sahaja,” kata Fuziah.
Video itu yang dimuatnaik di YouTube boleh didapati pada laman Facebook “Survival Guide untuk Kampung Radioaktif” di www.facebook.com/kampongradioaktif.
回复

使用道具 举报

发表于 15-11-2011 11:38 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-11-2011 11:40 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 17-11-2011 10:25 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 17-11-2011 10:27 PM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 17-11-2011 10:41 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 17-11-2011 10:42 PM 编辑

Panas: Setpol Najib, Sufian Awang Di Ramal Calon BN Yang Akan Melawan Fuziah Salleh Di Kuantan! Desas-desus dan spekulasi hangat yang mengatakan UMNO bakal mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA kini semakin hangat kedengaran. Rtaa-rata ahli UMNO kini membicarakan ke mana mahu dihantar Dato' Ti Lian Ker yang diura-urakan akan bertanding menentang Fuziah Salleh di parlimen itu. Harus diingat, Ti Lian Ker adalah bekas pemimpin kanan MCA yang dinadikan hak untuk bertanding pada PRU-12 yang lalu. Kini, apakah beliau bakal menerima nasib yang sama sekali lagi agaknya. Terdapat laporan dalaman mengatakan beliau kemungkinan besar akan mengambil alih kerusi DUN Teruntum jika UMNO bertanding di Parlimen tersbeut pada PRU-13 ini. Ti Lian Ker sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA bersedia melepaskan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO, dengan syarat ditukarkan "suka sama suka" dengan Parlimen Indera Mahkota. Kenyataan beliau itu menyebabkan kempimpinan UMNO Bahagian itu "melenting" terutamanya Dato' Hazmi yang diwar-warkan bakal bertanding di situ. Jika kedua-dua kerusi ini dtandingi oleh UMNO, maka sudah pasti MCA tidak punyai peluang lagi untuk berbuat demikian sebenarnya. Soalnya, siapakah calon UMNO bagi kerusi Parlimen Kuantan yang begitu berhajat untuk menentang Fuziah Salleh?. Terdapat maklumat mengatakan, calon yang telah dikenal pasti ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri iaitu Suffian Awang[size=85%] (foto). Beliau yang kini menjadi "Ahli Parlimen Angkat" yang menjaga kawasan Rompin selepas Dato' Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dulu. Suffian mendapat sokongan Perdana Menteri Najib Razak dan beliau juga adalah Exco Pemuda UMNO yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan jawatan tersebut.

[Jika Suffian bertemu dengan Fuziah di Kuantan, pastinya satu pertembungan yang cukup sengit akan berlaku. Apakah beliau berjaya mematikan sokongan rakyat terutamanya kaum Tionghua terhadap Fuziah berkaita isu Lynas atau sebaliknya. Walau apapun yang terjadi ramai pihak meramalkan Suffian tidak berupaya menghalang sokongan rakyat terhadap Fuziah. Ini kerana beliau tidak tegas dalam isu Lynas yang menghantui rakyat Kuantan sekarang ini. Walhal, beliau pernah membangkitkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO sendiri, namun menikus selepas itu. Melihat senario ini, siapa pun yang dipertaruhkan oleh BN untuk berentap dengan Fuziah Salleh di Kuantan mereka sudah pasti akan berhadapan dengan jalan sukar kali ini. Tambahan pula, kini Fuziah dianggap sebagai "Wira Rakyat" gara-gara memperjuangkan isu Lynas sejak sekian lama. Inilah yang amat ditakuti oleh mereka sekarang!].
回复

使用道具 举报

发表于 17-11-2011 10:44 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 17-11-2011 10:49 PM 编辑

Panas: 'Mantan EXCO' Gesa Rakyat Negeri Pahang Tukar Kerajaan Jika Mahu Masa Depan Terjamin !
KUANTAN, [size=85%]17 Nov - Gara-gara tidak tahan dengan karenah dan sikap pemimpin UMNO BN Negeri Pahang yang kini semakin menyeleweng dan rakus merompak hasiil mahsul rakyat, maka bekas seorang Exco Kerajaan Negeri berharap agar rakyat Pahang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau yang telah bersara daripada politik dan menjadi exco pada zaman Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar itu berkata, rakyat wajib menukar kerajaan yang ada sekarang kerana jelas telah gagal mentadbir dengan baik dan semakin banyak menyelewengkan hasil mahsul negeri sekarang. Beliau yang begitu teringin melihat Kerajaan Baru mendiami Wisma Sri Pahang [size=85%](foto) di sini berkata "Saya harap, rakyat tolak UMNO BN kali ini. Mereka sudah semakin teruk dan parah. Jika tidak ditukar, maka rakyat akan terus menderita mendapat "sisa-sisa" sebaliknya, isinya disapu oleh beberapa kerat pemimpin yang kini hidup mewah dengan hasil mahsul dan khazanah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat", kata pemimpin terbabit. "Semasa saya didalam Exco Kerajaan Pahang dulu, senarionya tidaklah seteruk ini. Namun kini, ia jauh berbeza. Negeri Pahang senantiasa berhutang dengan pusat, malah membentangkan Bajet Defisit sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi anehnya, beberapa kerat pemimpin yang ada hidup mewah dan dipercayai memiliki wang ratusan juta ringgit yang disimpan di bank luar negara. Mereka luluskan kawasan lombong bijih, kuari, balak, tanah dan sebagainya untuk kroni-kroni dengan sewenangnya. Malah, saya punyai bukti ada dikalangan exco dan wakil rakyat UMNO yang kini hidup mewah dengan duit lombong yang mereka nikmati selama ini", tambah beliau lagi.


[size=85%]Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya


"Sebab itu saya tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa membawa masuk projek berbahaya dan berisiko yang ditolak oleh negara dan negeri lain ke negeri ini. Sebab mereka mahukan pelaburan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat. Banyak kawasan lombong diluluskan sewenangnya kepada adik beradik dan ahli keluarga pemimpin tertentu. Senario ini bukan sahaja melibatkan pemimpin UMNO malah turut tempias kepada anak syarikat kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mentiga Corporation, LKPP dan sebagainya. Mereka jadikan agensi terbabit sebagai harta mak bapak mereka. Akhirnya rakyat Pahang merana, bil air diberi subsidi tetapi bayaran meningkat serta banyak lagi masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku di negeri ini. Rakyat miskin tetapi mereka dan beberapa kerat proksinya kaya raya!", kata pemimpin itu.

[Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang].
回复

使用道具 举报

发表于 18-11-2011 09:08 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 6-11-2024 08:46 AM , Processed in 0.144409 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表