|
发表于 18-11-2011 09:35 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 18-11-2011 09:53 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 18-11-2011 09:59 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 18-11-2011 10:07 PM
|
显示全部楼层
Panas: 'PAS Pahang' Di Berikan Tempoh Seminggu Siasat Dakwaan Ada Ahlinya Terlibat Projek Lynas
KUANTAN, [size=85%]18 Nov - PAS Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Lynas Corporation iaitu kilang memproses rare-earth yang kini dibantah oleh parti itu. Jika sebelum ini PAS pernah mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat gara-gara tindakan beliau mengeluarkan kenyataan terbuka di TV3 yang bertentangan dengan dasar parti itu dalam isu Lynas. Maka, kini mereka wajar melakukan tindakan yang sama terhadap pihak terbabit. Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli [size=85%](foto)
atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata demikian kepada pihak kami pagi tadi. "Saya sudah memberi tempoh sebulan kepada pihak terbabit supaya menarik diri daripada berurusan secara rasmi dengan Lynas. Namun, dari maklumat .. tiada tindakan dibuat. Makanya, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan pihak terbabit jika mereka terus berdegil.", kata Shukri. Beliau yang merupakan salah seorang penentang Lynas yang bergeras atas nama aktivis kecewa dengan senario yang berlaku. "Saya sanggup menggadaikan nyawa beberapa kali untuk berhadapan dengan mereka. Malah, saya hampir dipukul serta digertak dengan bermacam-macam ugutan oleh mereka. Tanpa sebarang kewangan saya hadir, malah membuat liputan meluas isu Lynas di blog, facebook dan sebagainya. Tiba-tiba ada pula manusia yang hipokrit, depan menentang belakang sapu projek. Saya tidak boleh terima semua ini. Kita marah kerajaan apabila ada laporan menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Israel yang kita tentang. Kini, ada orang kita yang tergamak mengadaikan maruah dengan membolot projek dengan Lynas. Sedangkan dibelakang mereka menentag projek tersebut. Saya juga ada maklumat mengenai anak-anak pemimpin PAS juga ada yang bekerja dengan syarikat terbabit. Kenapa ini berlaku?. Maka, saya harap PAS Pahang siasat kes ini dengan segera. Jika tidak sudah pasti ia akan jadi isu besar pada PRU akan datang", kata blogger terbabit.
[size=85%]
[size=85%]Rakyat tertipu membantah Lynas bila ada orang tertentu tiba-tiba dapat
projek dan tergamak khianat kepada perjuangan mereka selama ini
[Pendedahan panas oleh blogger terbabit sememangnya amat dinantikan oleh rakyat. Mereka tidak mahu mereka yang tidak jujur, hipokrit dan khianat kepada kepercayaan rakyat mewakili mereka dalam memperjuangkan isu Lynas. Jika mahu main projek dengan Lynas, pihak yang berkenaan digesa meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu demi maruah dan harga diri. Dikala rakyat sibuk berjuang menentang dan membantah Lynas, mereka bersama-sama berjuang dan mahu Lynas dihalau keluar dari bumi Pahang. Rupa-rupanya dalam masa yang sama mereka dapat untung besar atas projek tersebut. Apakah ini cara perjuangan Islam, menipu untuk kepentingan duniawi. Isu ini pasti akan menyentam semangat perjuangan mereka yang berkobar-kobar mahu Lynas dihentikan. Kini terdedah akhirnya ada pihak yang menipu dalam perjuangan. Isu ini bukanlah melibatkan parti tetapi hanya sikap individu tertentu semata-mata. Namu, harus diingat ada orang dalam kepimpinan PAS sendiri tahu tentang perkara ini dan kenapa mereka harus berdiam diri. Apakah mereka rela dana perjuangan PAS Pahang disalurkan daripada duit Lynas?. Maka, buat tindakan segera demi maruah parti serta kepercayaan rakyat terhadap isu yang cukup kontroversi ini hendaknya]. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 18-11-2011 10:09 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 18-11-2011 10:10 PM 编辑
Panas: PKR Pahang Kini 'Dalam Dilema' Tentukan Calon Sesuai Untuk Bertanding Di DUN Semambu!
KUANTAN, [size=85%]18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini khabarnya sedang menghadapi dilema mahu meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu pada Pilihanraya Umum akan datang. Ia berikutan ada pihak tertentu yang kini sudah mula berkempen dengan "memukul canang" kononnya ada individu tertentu telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menjadi calon disitu. Pakatan Rakyat dijangka menang besar di kerusi DUN Semambu kali ini berikutan sentimen isu Lynas yang kian menghantui rakyat sekarang ini. Dijangkakan gelombang kebangkitan dan bantahan projek itu akan dinatijahkan pada kertas undi PRU-13 nanti. Lantaran itu jugalah perletakkan calon memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan sokongan rakyat terhadap parti terbabit sebenarnya. DUN Semambu kini diwakili oleh Pang Tsu Ming (BN) yang menewaskan calon PKR iaitu Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi. Pang mendapat 10, 300 undi sementara Nancy hanya mendapat 8,164 undi. Biar pun BN menang di DUN itu, namun mereka tewas di kerusi Parlimen Indera Mahkota apabila Azan Ismail (PKR) menang terhadap Salamon Ali Rizal (BN) denagn majoriti 1,027 undi pada PRU-12 lalu. Jika dilihat kepada percaturan terkini, BN berkemungkinan besar akan berjaya merampasa kerusi parlimen tetapi mereka akan kehilangan dua kerusi DUN iaitu Beserah dan Semambu. Ia berikutan pertambahan undi pos apabila sebuah Pengkalan Marin telah di bina berhampiran Pelabuhan Tanjung Gelang. Namun, melihat kepada gelombang penolakan rakyat terhadap projek Lynas, kemungkinan besar penambahn jumlah pengundi ini gagal menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan. Cuma masalahnya sekarang, siapakah calon PKR bagi kerusi DUN Semambu?. Difahamkan, antara nama-nama panas yang dijangkan bertanding di situ ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota). Biar pun ada nama-nama lain, namun meritnya lebih kepada kedua-dua nama terbabit. Soalnya siapakah yang akan bertanding di situ sekarang. Difahamkan, Chean Chung kini sudah menjalankan kempen dan gerak kerja secara agreasif bagi membuktikan beliau adalah calon yang paling layak bertanding di situ. Beliau mendapat skongan daripada beberapa orang pemimpin kanan PKR yang rapat dengan Pengarah Pilihanraya, Azmin Ali. Malah, orang kanan Azmin di Pahang iaitu Zakaria Abd Hamid kini sedang sibuk berkempen setiap minggu di Parlimen Indera Mahkota. Kemungkinan besar beliau adalah calon "paling sesuai" bertanding di situ.
[Jika dilihat kepada populariti, ternyata nama Dato' Fauzi lebih menonjol jika dibandingkan dengan Lee Chean Chung seorang anak muda yang baru melakukan gerak kerja dan berpindah kembali ke Kuantan selepas dikhabarkan bakal bertanding di DUN Semambu. Kin segalanya terletak ditangan pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. Malah difahamkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun ke DUN Semambu awal Disember ini. Kemungkinan besar beliau akan memberi isyarat siapakah yang paling layak bertanding di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Apa yang pasti, siapa pun yang bakal terpilih sudah pasti ia akan menimbulkan konflik dalam parti itu sebenarnya. Ini kerana krisis Dato' Fauzi dan Azan sebenarnya masih gagal diselesaikan hingga kini. Lee Chean Chung kini dilabelkan orang Azan selepas memangku jawatan Ketua Cabang apabil Azan dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu tahun ini. Siapa pun yang terpilih, pasti "undi protes" akan berlaku dan ia menjadi kelebihan kepada BN. Namun harus diingat, kemungkinan besar DUN Semambu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU kali ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada pihak ketika jika isu dalaman PKR gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin. Justeru, PKR perlu berhati-hati menentukan siapakah calon paling layak di DUN Semambu jika bercita-cita hendak merampas kerusi itu dari BN kali ini. Apapun, selamat berjuang !!]. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 18-11-2011 11:56 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 19-11-2011 12:02 AM 编辑
梁金福:宴會支持度躍升 民聯有望奪下彭政權 (文德甲18日訊)行動黨彭亨州主席梁金福指出,全國人民求變心切,目前根據州內完成的宴會人氣看來,民聯有望奪下彭亨州政權!
他說,行動黨剛完成的宴席場場破百,有關丹100席、文冬120席、勞勿180席、文德甲100席、直涼135席及上週日的而連突368席(包括贊助席),足以證明了人民對該黨的支持度已經大大躍升。
他昨晚出席文德甲行動黨售賣《火箭報》活動前,向媒體發表上述談話。其他出席者包括州副主席許文鑫、州財政胡智云、文德甲支部秘書王興安、新團隊成員賴志明、黃春虎等等。
他說,馬華在彭亨州再也沒有安全區。目前大馬人民迫切求變,希望國家達成兩線制的新局面,加上行動黨擁有足夠的有素質候選人人選,并已與民聯其他友黨完成商討州內80%的選區分配,因此,很有信心能夠在來屆大選,奪下彭亨州政權。
梁金福在記者會上,始終沒有直接表明文德甲區候選人人選,不過他直指,文德甲區人選有兩位,即州財政胡智雲及新人賴志明。
賴志明于今年9月間,率領200黨員浩浩蕩蕩加入行動黨,他是一職業律師,曾多次在庭上打敗國能,讓他獲稱為“國能剋星”。
以國家方向為前提
另外,胡智雲則為彭亨州行動黨老將,自從1986年開始曾5次代表行動黨上陣,競選地區包括文冬國會、立卑國會、南麥州會、美律谷州會及沙拜州會。
雖然如此,梁金福在被詢及有關候選人遴選條件時指出,候選人需要年輕有為、大專或專業人士、高勝算及一句“長江後浪推前浪”讓文德甲區候選人人選呼之欲出。
另外,針對現任文德甲區州議員拿督蔡文祥勤于服務人民,大眾仍認為蔡氏勝算最高之看法,梁金福指出,無可否認蔡氏是盡責的州議員,可是目前人民希望國家改革為大方向。
他說,投票是秘密進行的,相信人民將以國家大方向為前提,來投下手中的一票。 |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-11-2011 10:00 AM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-11-2011 05:53 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 20-11-2011 12:42 AM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 20-11-2011 01:08 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 20-11-2011 09:42 PM
|
显示全部楼层
这为大臣很嚣张下,讲如果怕稀土厂要搬的话,洲政府会廉价收购那些房子。 |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 20-11-2011 10:45 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 20-11-2011 11:03 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 20-11-2011 11:04 PM 编辑
Lynas: Adnan, 'Kerajaan Luluskan' Projek Kilang Memproses Nadi Bumi Itu Kerana Tidak Bahaya !
KUANTAN,[size=85%] 20 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob [size=85%](foto) berkata kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi di Kawasan Perindustrian Gebeng, kerana projek itu telah dikenal pasti tidak membahayakan nyawa orang ramai di kawasan itu. Beliau berkata pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan sudah pasti tidak akan meluluskan projek terbabit yang dibangunkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) sekiranya ia mengancam keselamatan rakyat. Adnan berkata sebagai Menteri Besar, beliau terlebih dahulu meneliti dokumen dan laporan mengenai pembinaan kilang itu sebelum ia diluluskan kerana khuatir ia bakal memberikan apa-apa kesan kepada rakyat. Kerajaan tidak akan membahayakankan nyawa orang ramai kerana loji itu dibina bagi tujuan pemprosesan sahaja, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora, dekat sini hari ini. "Saya tidak akan membiarkan rakyat mati kerana merekalah yang memberi mandat (untuk kerajaan) memerintah negeri ini dan sebab itu pihak pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menggunakan isu ini bagi merebut kuasa," katanya. Mengenai dakwaan ada penduduk di kawasan itu ingin menjual rumah mereka di disebabkan pembinaan kilang itu, menteri besar berkata agensi kerajaan negeri sedia membelinya kerana masih ramai yang memerlukan rumah. "Pada pendapat saya, Lynas bukan isu tapi diperbesarkan untuk tujuan politik terutamanya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh," katanya. Baru-baru ini, Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata masih ada segelintir pihak yang mendapat maklumat salah mengenai projek loji itu menerusi individu tertentu yang mengaku sebagai pakar dalam bidang berkenaan. Katanya pihak syarikat sedia berdialog dan berjumpa dengan mana-mana kumpulan yang mahukan kepastian dan memahami apa yang dilakukan di loji Lynas.
[Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Adnan berhak mengeluarkan pandangan yang terbaik untuk mempertahankan isu ini. Namun, beliau juga harus berhati-hati serta tidak terlalu memperbodohkan rakyat hingga menganggap mereka yang menentang Lynas tidak tahu cerita sebenarnya. Ini bukan zaman "lampau", malah rakyat boleh dapatkan maklumat detail tentang "Rare Earth" melalui internet 24 jam sehari semalam. Berdasarkan sejarah, maka mereka berhak untuk menyatakan bantahan kerana bahan tersebut ternyata "mempunyai risiko". Biar pun risiko itu kecil, namun rakyat tidak mahu berhadapan dengan risiko. Kajian laporan berkaitan oleh agensi berkenaan juga tidak wajar dijadikan alasan bahawa Lynas tidak berbahaya. Sedangkan mengikut rekod bahan itu memang mendatang risiko yang amat buruk kepada manusia dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Inilah yg menyebabkan rakyat menolak Lynas. Mungkin sekarang ia tidka menjadi masalah kerana projek itu baru bermula. Bayangkan puluhan tahun akan datang dan ketika itu Adnan dan semua pemimpin yang ada sekarang mungkin sudah tiada atas muka bum ini. Maka, siapa yang harus dipersalahkan ketika itu nanti?. Inilah yang ditakuti oleh rakyat dan mereka tidak mahu jadi "bahan ujikaji" projek itu. Hak rakyat untuk bantah harus dihormati kerana mereka bukanlah bodoh]. |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 21-11-2011 10:30 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 21-11-2011 10:49 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 22-11-2011 08:48 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 22-11-2011 08:57 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 22-11-2011 10:02 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 23-11-2011 11:43 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
发表于 23-11-2011 11:52 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|