佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 8-12-2011 02:13 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 8-12-2011 02:16 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 8-12-2011 02:27 PM | 显示全部楼层
Menteri Besar Pahang Melancarkan Kedai Rakyat Satu Malaysia Yang Pertama Di Kuantan Hari Ini !KUANTAN, [size=85%]7 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama di negeri ini pagi tadi. Kedai yang dibuka di persimpangan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Gambut dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana ia menawarkan jualan barangan harian dengan harga yang lebih murah. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Mydin Holdings Datuk Ameer Ali Mydin. Pembukaan kedai rakyat 1Malaysia itu dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia terletak dilokasi tengah bandar dan mudah untuk dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ. Tinjauan mendapati, orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke kedai terbabit hingga petang tadi untuk meninjau sendiri barangan jualan yang ditawarkan. Ada berbagai persepsi yang ditimbulkan oleh mereka terbabit selepas berurusan. Apapun, pembukaan kedai rakyat 1Malaysia diharap dapat dimanfaatkan oleh semua. Namun, lokasinya yang agak hampir dengan pasaraya Mydin itu sendiri di Jalan Tun Ismail dilihat tidak berapa sesuai kerana barangan yang dijual itu juga adalah sama dengan yang dijual di pasaraya terbabit.



[size=85%]Sebahagian daripada sudut barangan kedai Rakyat 1Malaysia di Kuantan

[Kedai Rakyat 1Malaysia adalah satu usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat. Namun, masalah yang timbul ialah kontrak tersebut diberikan kepada Mydins yang diketahui menjual barangan yang kurang berkualiti selama ini. Biarpun harganya murah, namun umum mengetahui barangan tersebut tidak dapat bertahan lama terutamannya yang berkaitan dengan elektrikal dan sebagainya. Akibatnya, Mydins dicop sebagai "menipu" pelanggan. Namun, kini Mydins selesa kerana diberikan projek yang bernilai berbilion ringgit itu. Malah, apa yang menjadi masalah ialah gara-gara pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini akhirnya banyak perniagaan orang Melayu secara kecil-kecilan terpaksa gulung tikar. Akhirnya satu demi satu peniaga Melayu berhadapan dengan masalah yang meruncingkan mereka itu sebenarnya].

回复

使用道具 举报

发表于 8-12-2011 02:28 PM | 显示全部楼层
Ketua Umum PKR, 'Datuk Seri Anwar Ibrahim' Di Jangka Sampaikan Amanat PRU13 Pada 12 Dis Ini
KUANTAN, [size=85%]8 Dis - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim[size=85%]
[size=85%](foto) akan hadir ke Pahang pada 16 Disember ini. Beliau dijangka akan menyampaikan ceramah "Demi Rakyat: Di Ambang Pilihanraya Umum Ke-13" di Restoran Sekilau Seafood dekat sini mulai jam 8.00 malam itu. Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calonnya di Parlimen Indera Mahkota dan juga DUN Semambu pada PRU13 ini nanti. Maka itu, Anwar khabarnya akan memberikan amanat penting dan memperkenalkan secara tidak rasmi calon bagi kedua-dua kerusi terbabit. Sebelum ini difahamkan beliau sepatutnya hadir pada satu program di Parlimen Pekan bagi membalas kunjungan Perdana Menteri Najib Razak ke Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya beberapa bulan yang lalu. Namun, mungkin memikirkan Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan adalah dua kerusi PKR yang perlu dipertahankan, maka Anwar akhirnya mengambil keputusan untuk hadir ke program pada 12 Disember ini. Apapun, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar amanat Ketua Pembangkang itu. Apa yang menarik tarikh 12 Disember itu juga adalah dijangkan tarikh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan kes "fitnah liwat" beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan sebenarnya. Maka, kehadiran beliau pada malam itu dijangka cukup panas dengan berbagai isu semasa nanti.
回复

使用道具 举报

发表于 8-12-2011 02:30 PM | 显示全部楼层
[size=130%]Fuziah Dedah Fakta Penyelewengan Projek Lynas

Antara yang didedahkan oleh Fuziah Salleh[size=85%] (foto) dalam kenyataan tersebut ialah Satu peraturan baru dibawah Akta 304 telah terpaksa diperkenalkan bertajuk "Pengurusan sisa buangan radioaktif" untuk digunapakai khas oleh Lynas. Sebelum ini peraturan tersebut tidak wujud kerana sebelum ini Lynas mengatakan bahawa sisa dari LAMP merupakan sisa buangan industri yang mengandungi NORM yang tidak merbahaya. Pada bulan September 2011 AELB telah pun meluluskan pindaan ke atas lesen mengimport bahan mentah REO dari Australia oleh Lynas kepada lesen import eksport bahan radioaktif. Menteri MOSTI telah terpaksa mengaku didalam Dewan Rakyat pada 14 November 2011 bahawa sisa buangan dari LAMP bersifat radioaktif. IAEA juga katanya telah meminta satu pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan dari LAMP untuk sisa WLP berbentuk pepejal yang mempunyai bacaan 6 Bq|g menandakan sisa dari LAMP bersifat radioaktif. Selama ini Lynas berani bercakap hanya dari aspek radiasi luaran tanpa berani bercakap tentang radiasi dalaman dan juga tidak berani bercakap tentang sisa buangan berbentuk radioaktif (WLP solid waste) dari LAMP. Ini bertujuan mengelirukan semua pihak termasuk agensi Kerajaan. Dan malang sekali buat rakyat kerana segala fakta yang mengelirukan oleh Lynas di ulang oleh pihak agensi Kerajaan sebelum ini tanpa usul periksa. "Saya yakin YAB MB berjiwa rakyat dan mahukan yang terbaik buat rakyat. Sehubungan dengan itu saya juga menggesa MB mengarahkan supaya di keluarkan juga kepada orang awam apa dia syarat-syarat yang di kenakan oleh JAS Pahang keatas Lynas sewaktu JAS meluluskan laporan EIA pada 15hb Februari 2008. Saya tegaskan sekali lagi dengan berhujahkan fakta-fakta, bahawa isu LAMP ialah isu yang menggugat keselamatan awam dan Lynas harus di tangani bersama. Sekiranya pihak BN tidak terus mempolitikkan isu ini, ianya adalah lebih baik buat rakyat", jelas Fuziah yang dijangka menang besar di kerusi Parlimen Kuantan pada PRU-13 nanti gara-gara isu Lynas.
[Berdasarkan kepada senario terkini isu Lynas, pendedahan yang dibuat oleh pihak terbabit dijangka akan memberi impak yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Ini kerana, lebih banyak nama-nama "proksi UMNO" yang mendapat keuntungan jutaan ringgit dan beriya-iya mempertahankan projek tersebut terbongkar selepas ini. Biar pun ada nama-nama "orang kuat PAS" yang terlibat, namun ia mungkin tidak menjadi isu besar kerana PAS sendiri khabarnya sedang memantau isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan. Masalahnya, apa akan jadi jika nama-nama orang yang rapat dengan "UMNO BN" terdedah kepada umum nanti?. Bukankah ia akan memalukan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya Dato' Sri Adnan Yaakob itu sendiri sebenarnya. Jika ini berlaku, sudah pasti rakyat akan berkata "Patutlah UMNO beriya-iya benar pertahankan Lynas, rupanya begitu ramai puak-puak dia yang kaya raya dengan projek tersebut". Bukankah ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap BN pada Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Oleh itu MB dan Lynas perlu berhati-hati dalam hal ini. Jangan dek kerana mahu mencari kesalahan orang lain, kebenaran yang dinantikan rakyat itu terbongkar jua akhirnya].
回复

使用道具 举报

发表于 8-12-2011 02:31 PM | 显示全部楼层
Isu Lynas: 'Dedah Nama Kontraktor', Pihak Mana Yang Bakal Terperangkap Dengan Kontroversi IniKUANTAN, [size=85%]8 Dis - Susulan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh Pahang Daily Online (PDO) berkaitan penglibatan beberapa "orang kuat" Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan projek Lynas, maka akhirnya Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob memberi respon terhadap isu itu. Ketika membentangkan Bajet 2012 di Sidang Dewang Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Isnin, Adnan dengan lantangnya berkata akan mendedahkan nama-nama kontraktor yang terbabit dengan projek berkenaan. Kenyataan Adnan itu, telah dijawab pula oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh[size=85%]selepas itu. Antara lain Fuziah amat berharap dan mengalu-alukan agar Kerajaan Negeri Pahang dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sendiri mendedahkan nama-nama kontraktor yang terlibat dengan projek tersebut. "Selama ini rakyat hanya mengetahui berkenaan Ranhill dan UGL yg menjadi kontraktor utama pembinaan LAMP. Gesaan YAB MB supaya Lynas mendedahkan senarai semua kontraktor akan memberi peluang kepada rakyat untuk memberitahu kepada mereka (kontraktor) bagaimana bentuk bahaya yang bakal di bawa oleh LAMP terhadap manusia dan alam sekitar kelak. Samada kontraktor yang dilantik merupakan penyokong PR atau penyokong BN, tidak membawa apa-apa perbezaan.. LAMP tetap merbahaya, tanpa mengira siapa yang membinanya", katanya. "Saya yakin bahawa YAB MB telah tidak menerima maklumat yang tepat berkenaan bahaya LAMP, dan besar kemungkinan segala maklumat yang disampaikan kepada beliau ialah maklumat dari Lynas sendiri. Lynas cukup bijak didalam mengelirukan orang ramai, termasuk juga mengelirukan agensi Kerajaan dengan fakta yang mengelirukan. Malah laporan IAEA juga tidak pernah mengatakan bahawa LAMP adalah selamat. Saya ingin memaklumkan disini bahawa YAB MB harus tahu bahawa, selepas laporan IAEA dikeluarkan ada beberapa pindaan perlu dilakukan oleh AELB, akan tetapi AELB menggunakan seksyen 41 dalam Akta 304 (berkenaan kerahsiaan) untuk tidak mendedahkan tindakan tersebut kepada orang awam", katanya.
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 8-12-2011 06:23 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 8-12-2011 10:04 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 8-12-2011 10:22 PM 编辑



养牛被你们鸟到酱够力.....现在她改行去卖鸡了~
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 8-12-2011 11:14 PM | 显示全部楼层
彭亨州議會. 指華文報幫反對黨宣傳. 劉震林道歉後再轉矛頭 記者沒錯,是編輯偏差
 (關丹8日訊)馬華南嘜區州議員拿督劉震林今日針對他發表的“華文報配合反對黨,一起煽風點火”言論,兩度向華文報記者道歉,但卻把矛頭指向報館編輯及反對黨!
 他說,報館編輯向來都偏向反對黨,所以反對黨員去看路看溝渠的新聞,都顯刊。
 “當然,這也要歸功予反對黨員‘很會做戲’,他們會跳進大洞里面,讓記者拍照,見報篇幅也會較大。”
 他今日在關丹彭州議會,參與彭州2012年財政預算案辯論時,如是說。
 “如果我早前的言論,傷害到華文報記者,我要向他們道歉,我知道這都不關記者的事,我也沒有責怪記者的意思,他們只是執行任務。”
 他說,篇幅的大小及排版,都是編緝的安排,與記者無關。

指不懂得衡量
 “之前,已經有人勸我不要發表這番言論,但如是事實就不怕講。”
 他說,反對黨常煽風點火,而華文報章有時在不察下,從旁協助了反對黨。
 “國陣人民代議士去看溝渠,只刊出小篇幅。”
 他說,因人為疏忽而引發的一些烏龍傳票事件,與全國交通工具數量比起來,微不足道,但卻因反對黨大作文章,華文報也大事報導,甚至成了報章封面。
 “編輯要懂得衡量,在處理國陣及反對黨的新聞時,要平衡報導。”
 本月6日,行動黨都賴區州議員鍾紹安在州議會上,促請地方政府對泊車傳票一事法外開恩時,遭到多名國陣議員的圍攻,其中又以劉震林的言論最“出位”,他甚至把中文媒體也“拉下水”,指責中文媒體配合反對黨煽風點火,把傳票一事顯刊在封面!劉震林今日針對此事,向華文報記者致歉。

劉震林拒“讓路”梁金福
劉震林在辯論時,秉持一慣作風,大事抨擊行動黨,並不肯“讓路”給行動黨直涼區州議員梁金福!
 劉震林一再指責而連突的行動黨員很會“做戲”,常自導自演,梁金福兩度要求“讓路”,而議長也出聲指后者要求“讓路”,但劉震林卻繼續說下去,不理會梁金福,梁金福見狀,非常有風度的說沒關系,就坐回原位。
 此外,劉震林也在會上談及選區內的問題,包括華都巴來新村長期面對水供問題,已長達3年卻不獲解決、鄉區路以碎石鋪建,為村民帶來不便,村民要求以白石替代。
 “同時,而連突已5年沒有發生突發水災,但彭東銜接彭亨河部分還需被提升,以防未來發生水災。”
 他也說,而連突新村通往文打路,因重型交通工具的出入,使到該路常破損,他要求陸路交通局加強執法等。
 同時,他也說,南嘜華小獲得政府撥款,證明政府關注教育,公平對待各源流學校。
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 02:19 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-12-2011 02:20 AM 编辑

NGO "Asalkan Bukan UMNO" (ABU) Di Tubuhkan Ekoran "Kegagalan Parti Itu Memimpin" Malaysia
KUALA LUMPUR, [size=85%]9 Dis - Ekoran kegagalan UMNO memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan UMNO (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan UMNO dari terus mencengkam Malaysia. Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin [size=85%](foto) kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman UMNO BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang tadi kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza. "ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO BN. "Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO BN dan kroninya hidup mewah sekali," katanya. Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini. Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta kumpulan mahasiswa KAMI. Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat. "Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan UMNO BN untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bankrap," ujar Haris.

[Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini. Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. Di Kuantan, majlis pelancaran telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat PKR DUN Semambu, Jalan Haji Ahmad. Dengan pelancaran kempen besar-besaran ini nampaknya ia menjadi satu lagi masalah buat UMNO BN sebenarnya. Tambahan pula mutakhir ini sokongan golongan muda terhadap parti itu semakin hari semakin merudum. Malah dijangkakan, pada pilihanraya umum akan datang BN bakal berhadapan dengan laluan yang cukup sukar jika mereka mahu mendapat sokongan pengundi muda kali ini. BN hanya dapat pertahankan undi "saluran 1" yang mana, pengundi dalam saluran ini semakin hari semakin berkurangan akibat dek faktor usia dan sebagainya].
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 02:21 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-12-2011 02:24 AM 编辑

Panas: ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM !
KUANTAN, [size=85%]9 Dis - Perbahasan mengenai pembentangan Bajet 2012 bagi Dewan Undangan Negeri Pahang diteruskan lagi semalam dimana wakil ADUN PAS Kuala Semantan turut diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan bagi sesi kali ini. YB Syed Hamid Syed Muhamad [size=85%](foto) didalam perbahasannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan bajet berimbang pada tahun ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pembangunan sukan dan menyeru agar pihak Kerajaan menumpukan usaha bagi membantu menaikkan mutu sukan diperingkat Negeri. Kata beliau, sukan juga mampu membantu menaikkan nama baik Negeri selain memberi manfaat kepada atlet Negeri secara tidak langsung. Beliau juga turut menyentuh mengenai prestasi pasukan Bolasepak Negeri yang dilihat semakin hari semakin merudum sejak kebelakangan ini. Dalam aspek ekonomi, YB Syed Hamid turut mencadangkan agar Negeri Pahang gigih mengusahakan sektor penternakan Lembu dan menjadi contoh kepada negeri - negeri lain. "Pahang mampu menjadi contoh dan menjadi pembekal daging lembu yang baik kepada seluruh Negara. Sektor ini juga boleh membantu rakyat dalam meningkatkan ekonomi mereka dan pihak veterina boleh turut serta membantu," katanya.
Dalam sesi perbahasan itu juga, ADUN terbabit turut merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak PAS Temerloh kepada Perdana Menteri atas keprihatinan yang telah diberikan.


[size=85%]Panas, ADUN Semantan sering dilihat muncul dalam program anjuran
UMNO dan dikatakan terlibat dengan projek kontroveri kilang Lynas


Ianya berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh PM untuk membina Masjid baru bagi kawasan Daerah Temerloh pada Ogos tahun ini. Beliau juga turut merayu kepada pihak Jabatan Kerajaan agar maklumkan mengenai sebarang aktiviti masyarakat yang dapat dibantu dikawasan beliau. "Dalam usaha untuk membantu rakyat, tidak semestinya kita mengira parti. Terutama sekali dalam bantuan bencana seperti banjir. Insya Allah, jika ada pihak yang maklumkan kepada kami, pasti kami akan bantu selagi yang terdaya," tambahnya. Hari ini sidang DUN mula digulung oleh barisan Exco Kerajaan Negeri sebelum ia diluluskan Isnin ini. [size=85%]sumber

[Sebenarnya sudah agak lama ramai yang terkejut dengan beberapa kenyataan oleh ADUN PAS Kuala Semantan ini sebenarnya. Beliau sepatutnya berusaha untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong perjuangan pembangkang, namun banyak kenyataan beliau dilihat lebih menyokong apa yang dilakukan oleh UMNO BN. Malah, ketika di Dewan Undangan Negeri juga beliau dilihat lebih selesa bersama ADUN BN dalam menyokong banyak dasar kerajaan itu sendiri. Sebagai pembangkang, beliau sepatutnya lebih peka dengan hal sebegini. Jika, tidak tidak perlu beliau menjadi pembangkang. Maka itulah kita tidak hairan bila MB Pahang mengaitkan nama beliau dengan projek kontroversi yang dibantah rakyat iaitu kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation di Gebeng Kuantan. Malah, ramai pemimpin dan ahli PAS sendiri yang kecewa dengan sikap beliau selama ini. Lihat di SINI, bagaimana orang PAS sendiri sudah tidak yakin dengan beliau sejak akhir-akhir ini. Malah, ramai yang mahu PAS Pahang memberi laluan kepada orang baru untuk bertanding di DUN itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika tidak, kemungkinan besar DUN terbabit akan dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) kali ini].
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 02:26 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-12-2011 02:27 AM 编辑

Panas: PAS Pahang Perlu Berani Bertindak Siasat Dua ADUN Di Kata Terlibat Dengan Projek Lynas !
Susulan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bahawa ada dua pemimpin yang bergelar "wakil rakyat" juga terlibat dengan projek Lynas, maka PAS Pahang digesa mengambil tindakan tegas untuk menyiasat perkara ini. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man[size=85%]
[size=85%](foto) yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat wajar mengeluarkan kenyataan tegas tentang isu ini, sama seperti yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataan panasnya mengenai isu Lynas yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 beberapa bulan yang lalu. PAS Pusast yang diketuai oleh Dato' Tuan dikatakan telah memanggil Dr.Che Rosli untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan kenyataan beliau itu. Maknya, PAS amat prihatin dengan pandangan pemimpinya yang didapati bertentangan dengan prinsip dan dasar parti terbabit. Masalahnya, kenapa PAS hingga kini gagal mengambil tindakan tegas dan memanggil mana-mana ahli mereka yang dikatakan terlibat secara langsung dengan Lynas?. Kami telah membuat pendedahan tentang terdapatnya dua penyumbang Dana terbesar PAS Pahang iaitu Dr.Syed Badaruddin (klinik Syed Badarruddin) dan Tuan Hj.Zakaria (Bukti Setongkol, bekas pegawai PKNP Pahang yang kini bersama PAS) terlibat secara langsung dengan projek tersebut. Alasan yang diberikan ialah mereka dapatkan projek untuk membant semual PAS menentang Lynas dari belakang. Kenyataan kami ini telah diberi respon oleh MB Pahang yang mahu Lynas mendedahkan nama-nama kontraktor yang terlibat dengan projek tersebut selepas itu. Malah, lebih mengejutkan bila mana MB Pahang itu dengan beraninya telah mendedahkan nama dua pemimpin PAS terbabit iaitu YB Syed Syed Muhamad Tuan Lonik (ADUN Beserah ) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (ADUN Kuala Semantan ) terlibat dengan projek Lynas yang dibantah rakyat itu. Persoalannya, kenapa PAS tidak berani memanggil dan meminta kedua-dua pemimpin terbabit bagi menyiasat apa yang didedahkan oleh MB Pahang itu. Bukankah, jika ianya benar maka imej PAS Pahang akan lebih tercalar sebenarnya. Maka, buatlah tindakan segera demi rakyat sekarang.


[size=85%]YB Syed Hamid (Kuala Semantan) dan YB Syed Mohamad (Beserah)
dua pemimpin PAS yang disebut MB terlibat dengan projek Lynas


[Kita tidak mahu isu ini berpanjangan hingga Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. PAS Pahang perlu berani mengambil tindakan kerana rakyat tidak mahu ada pemimpin yang berada dalam "parti Islam" tetapi gagal mengamalkan dasar perjuangan parti itu sendiri. Kita tidak mahu ada virus yang menjadi perosak dalam parti dan perjuangan. PAS perlu bertindak membersihkan mereka-mereka yang "talam dua muka dalam perjuangan". Memang sudah lama kami mendengar kedua-dua ADUN berkenaan gagal "perfom" dengan baik sebagai wakil rakyat di kawasan mereka. Malah, ramai dikalangan ahli yang cukup kecewa sebenarnya cuma mereka tiada ruang untuk bersuara. Kini, di saat PRU-13 hampir menjelma maka PAS Pahang perlu bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan. Pemimpin yang khianat dan engkar dengan arahan kepimpinan perlulah digantikan dengan muka baru yang lebih muda dan diterima rakyat. Jika tidak, besar kemungkinan hasrat untuk menakluki Pahang tidak akan tercapai. Malah, kedua-dua DUN yang diwakili PAS di Beserah dan Kuala Semantan juga bakal jatuh semua ke tangan BN. Apakah ini yang mereka mahukan agaknya?. Maka, bertindaklah biar pun ia pahit untuk ditelan sebenarnya].
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 02:28 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-12-2011 02:30 AM 编辑

PKR Pahang 'Tidak Wajar Terlalu Yakin' Parti Itu Dapat Kekalkan Kerusi Parlimen Indera Mahkota Parti Pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang tidak boleh terlalu mendabik dada, sombong dan bongkak kononnya mereka begitu yakin dapat mempertahankan dua kerusi parlimen milik mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Laporan ini merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail [size=85%](foto) yang mencabar Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bertanding di parlimen itu pada PRU-13 ini. Bunyinya nampak menarik, namun Azan harus ingat bahawa rakyat di kawasan parlimen beliau kini sudah berkira-kira untuk mendapat "YB" baru tidak lama lagi. Banyak laporan mengatakan beliau hanya "perform" di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen untuk menjaga namanya di sisi Anwar. Dalam masa yang sama, beliau jarang "turun padang" untuk membela rakyat setempat. Malah, isu Lynas yang terletak di kawasan parlimen beliau sendiri pun "batang hidung" Azan jarang kelihatan. Ramai yang tertanya-tanya kelibat beliau dalam banyak program Lynas selama ini. Azan, seolah-olah tidak cakna dengan isu itu dan hanya membiarkan Fuziah Salleh memperjuangkannya. Sedangkan Fuziah itu adalah ahli Parlimen Kuantan, cuma dia bertanggungjawab di parlimen untuk membawa isu berkenaan. Azan harus sedar bahawa parlimen Indera Mahkota tidak sehebat parlimen Kuantan yang diwakili oleh Fuziah. Di Kuantan, Fuziah mungkin berpeluang mempertahankan kerusi parlimen itu kerana dia mendapat sokongan padu daripada kaum Cina di parlimen terbabit. Ia berbeza dengan Azan di Indera Mahkota. Berdasarkan maklumat, Azan sebenarnya kemungkinan besar tidak lagi bertanding di situ kerana beliau kini merupakan Pengerusi PKR Trengganu. Mana mungkin pengerusi negeri lain tiba-tiba bertanding di kawasan lain. Cuma masalah yang timbul ialah PKR kini masih berteka-teki siapakan calon sesuai untuk menggantikan Azan di Indera Mahkota. Difahamkan, kini Zakaria Abd Hamid iaitu bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi (Abd Rahman),telah dihantar oleh Azmin Ali awal-awal lagi untuk menjaga kerusi parlimen itu. Beliau dipercayai "orang kanan" Azmin ketika pemilihan 2010 yang lalu. Tindakan menghantar Zakaria menajdi "care taker parlimen Indera Mahkota" amat tidak disenangi oleh kepimpinan PKR Pahang sebenarnya. Hakikat ini perlulah diakui mereka.

[Sepatutnya, Azmin perlu merujuk kepada kepimpinan negeri sebelum menghantar siapa jua untuk menjaga kawasan itu. Malah difahamkan, Zakaria juga kemungkinan besar menjadi calon PKR menggantikan Azan untuk bertanding di situ pada PRU-13 ini nanti. Maka itu, kemungkinan besar "undi protes" akan berlaku jika Zakaria bertanding di situ. Ini kerana rakyat tidak mahu lagi seorang YB "hujung minggu" seperti Fuziah bertanding pada kali ini. PKR Pahang sebenarnya mempunyai beberapa nama calon tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan Dato' Fauzi Abd Rahman sendiri. Mereka bermastautin di Indera Mahkota dan selayakkan diangkat sebagai calon. Berbeza dengan Zakaria yang dipercayai tinggal di Rawang Selangor, dan hanya tanpil berkempen tatkala menjelangnya pilihanraya umum ke-13 ini. Lantaran itu, kami melihat jika calon luar diletakkan kali ini dan UMNO BN pula memilih calon tempatan yang popular maka kemungkinan besar BN boleh memenangi kerusi tersebut kali ini. Difahamkan, UMNO juga bakal mempertaruhkan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat (kini ADUN Tg.Lumpur) dan Dato' Hazmi (Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota) untuk mewakili parti itu kali ini. Mereka berdua adalah calon tempatan yang bermastautain di Kuantan. Apakah keputusan "up set" akan berlaku, sama-samalah kita nantikannya].
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 02:31 AM | 显示全部楼层
Banjir Di Kuantan: 'Tidak Wajar' Kerajaan Hanya Menyalahkan Rakyat Atas Kejadian Yang Berlaku!
KUANTAN, [size=85%]11 Dis - Kejadian "banjir kilat terburuk" kali kedua yang melanda bandar ini semalam, jelas sekali satu situasi yang cukup menakutkan rakyat di sini sebenarnya. Jika sebelum ini, mereka hanya mendengar banjir kilat melanda Lembah Kelang dan terbaru berlaku di Kajang, kini igauan buruk itu mula menghantui sebahagian besar rakyat Kuantan sebenarnya. Kini mereka mula mencongak, apa akan terjadi pada masa-masa yang akan datang jika hujan lebat melanda lagi?. Persoalannya, kenapa tiba-tiba "banjir kilat" seburuk ini melanda Kuantan. Bukankah sejak sekian lama, jika pun ada hujan yang begitu lebat senarionya tidak seperti ini. Tindakan pihak tertentu menyalahkan rakyat kononnya membuang sampah merata-rata adalah tidak adil. Ini kerana, banjir yang melanda bukanlah sepenuhnya atas faktor "sampah". Jika adapun mungkin sekitar 10%-20%. Selebihnya ia adalah masalah yang berlaku akibat pembangunan yang dijalankan. Pada masa ini pembangunan di kawasan Seri Dagangan juga di kawasan sekitar East Cost Mall dan sekitarnya. Mungkin akibat pembangunan tersebut, sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan akhirnya terganggu. Rasionalnya, selama ini jika berlaku hujan yang lebat sekali pun keadaannya tidak seteruk sekarang. Oleh itu Kerajaan Negeri Pahang dan juga Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa memainkan peranan untuk memperbaiki masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah. Jika tidak, kita khuatir rakyat Kuantan akan menjalani kehidupan dalam situasi yang cukup membimbangkan.


[size=85%]Lokasi banjir sekitar Jalan Tun Ismail berhadapan Berjaya Megamall

[size=85%]Lokasi di hadapan CIMB Jalan Tun Ismail dihadapan Berjaya Megamall

[Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bertindak segera untuk mengatasi permasalahan ini. Jangan dibiarkan masalah ini berlarutan, kerana lebih banyak mangsa akan berhadapan dengan risiko ini pada masa yang akan datang. Inilah yang berlaku apabila MPK juga meluluskan pelan tapak dan yang berkaitan dengan projek kilang memproses rare erath, Lynas Corporation sebelum ini. Akibat tindakan tersebut, maka kini rakyat bangkit membantah di sana sini. Mereka juga amat takut, jika risiko banjir terus melanda Kuantan maka kemungkinan besar risiko radioaktif juga bakal melanda Kuantan tidak lama lagi. Manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Sehebat mana pun laporan dibuat oleh manusia, namun jika sudah ditakdirkan akan bermasalah maka ia tetap menjadi risiko kepada penduduk setempat. Kantng MPK penuh dengan duit saman parking, maka mereka perlu segera memulihkan keadaan ini. Jika tidak maka rakyat Kuantan akan berhadapan dengan risiko "banjir" pula sekali lagi selain "risiko radioaktif" yang akan menjelma 10 atau 20 tahun akan datang].

回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 03:44 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 12-12-2011 03:58 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 12-12-2011 04:08 PM 编辑

回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 12-12-2011 04:12 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 13-12-2011 11:53 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 13-12-2011 11:58 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-12-2011 12:23 AM | 显示全部楼层
Isu Lynas: Menteri Besar Pahang Nafi Beliau Serta Barisan Exconya 'Dapat Habuan' Projek Tersebut !
KUANTAN, [size=85%]12 Dis - Menteri Besar Dato Sri Adnan Yaakob [size=85%](foto) berkata beliau dan anggota Exco Kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini. "Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini. Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang. Beliau berkata isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya penduduk di Kuantan. Adnan berkata tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak "berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.


[size=85%]Keratan akhbar, Adnan berjanji mahu mendedahkan kontraktor Lynas


Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu. "Tak eloklah dedah semua, dedah sedikit-sedikit baru seronok," kata beliau. Pada sesi penggulungan itu, Adnan turut menangkis tohmahan berhubung pembinaan kilang berkenaan yang disifatkan beliau sebagai pembohongan demi kepentingan politik sempit. Beliau berkata soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi itu dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan. Katanya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat. "Malangnya, ianya masih diputar belitkan oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," tambah MB Pahang itu.

[Kenyataan MB Pahang ini, walau ada kebenarannya namun ia terlalu sukar untuk diterima oleh rakyat yang menentang projek Lynas sebenarnya. Ini kerana fenomena semasa menyaksikan Adnan dan barisan exconya sering mendapat habuan daripada beberapa projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu sendiri. Lihat saja projek-projek seperti pembalakan, perlombongan (bijih besi), pertanian dan sebagainya. Malahan, ada exco-exco dan wakil rakyat UMNO BN yang bermewah-mewah dengan komisyen yang mereka perolehi akibat kelulusan sesuatu projek berkenaan. Ini tidak boleh disangkal oleh mereka sebenarnya. Malah, rakyat melihat apa yang berlaku di depan mata. Adnan tidak perlu menganggap semua rakyat "bodoh" seperti sebahagian daripada mereka. Rasional inilah yang menyebabkan, rakyat yakin yang Adnan dan barisan exconya mendapat habuan daripada projek berkenaan. Mungkin bukan atas nama masing-masing, tetapi proksi-proksi yang terlibat sebenarnya. Janji untuk mendedahkan nama-nama kontraktor perlu dilakukan segera kerana pengumuman sudah dibuat. Masalahnya, selain pemimpin pembangkang terbbait ramai lagi "orang kuat UMNO" yang mendapat habuan ratusan juta ringgit atas projek berkenaan. Inilah yang rakyat perlu tahu. Maka itu, kerajaan harus mendedahkan mana-nama kontraktor dengan segera sekarang. Rakyat amat ternanti-nanti siapakah mereka itu].
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 19-11-2024 04:50 AM , Processed in 0.110327 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表