佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 14-12-2011 12:24 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 14-12-2011 10:44 PM 编辑

Panas: "Blogger Cucumatkilau Nafi Fitnah" ADUN PAS, Tapi Dakwa MB Yang Keluar Kenyataan Itu !
KUANTAN, [size=85%]13 Dis - Blogger Cucumatkilau [size=85%](foto) hari ini menafikan beliau menfitnah dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Pahang iaitu YB Syed Mohamad Syed Lonik (Beserah) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (Kuala Semantan) berhubung dakwaan mereka terlibat dengan projek Lynas. Kenyataan beliau didalam blognya yang menafikan perkara itu dikeluarkan awal pagi tadi. Dalam kenyataan tersebut beliau merasa sungguh terkejut, bila dimaklumkan oleh sahabat bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Pahang yang dikatakan turut mengaut keuntungan daripada projek Lynas menuduh seorang blogger pembangkang "fitnah" mereka dalam isu itu. Walau pun, blogger semuthitam tidak menamakan blogger pembangkang terbabit namun daripada paparan "wall facebook" pada blog beliau jelas sekali ia diambil daripada facebook CMK. "Persoalannya sekarang, dalam isu ini apakah benar CMK buat fitnah. Sedangkan CMK merujuk kepada kenyataan Menteri Besar selepas pembentangan Bajet 2012 pada Sidang DUN Pahang awal minggu lalu. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh media arus perdana", katanya. Baca seterusnya kenyataan beliau di SINI.

[size=85%]Video kenyataan panas Blogger Cucumatkilau tentang isu Kilang Lynas

[Sungguh mengejutkan apabila ADUN terbabit menafikan perkara ini tetapi tidak pula mendakwa MB Pahang yang menfitnah mereka. Sedangkan MB telah keluarkan kenyataan kepada media arus perdana berkenaan isu berkenaan dan secara jelas mengatakan ADUN Pembangkang juga turut jadi rakan kongsi. Bukankah itu bermakna, ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Kita patut berbangga bila mana ada pihak yang berani mendedahkan isu ini. Jika ia dilakukan oleh puak UMNO BN, mungkin akan dikatakan fitnah serta sebaliknya. Namun, bila dilakukan oleh blogger yang menyokong perjuangan rakyat maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Masalahnya, kenapa ada orang PAS sanggup terlibat mengambil projek dan bekerja di kilang Lynas sedangkan mereka juga yang beriya-iya menentang projek itu selama ini. Ada sesuatu perlu dibongkar!].
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 14-12-2011 11:01 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 14-12-2011 11:04 PM 编辑

Panas: Penyokong UMNO Desak MB Pahang Tidak Bermain Dengan Sumpah Untuk Pertahan Lynas! KUANTAN, [size=85%]13 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digesa tidak bermain dengan "sumpah" dalam isu Lynas kerana ia dikhuatiri akan memakan diri tidak lama lagi. Demikian ditegaskan oleh seorang penyokong UMNO yang menghubungi kami semalam. Beliau terkejut bagaimana Adnan begitu berani bersumpah kononnya dia tidak terlibat langsung dengan pembinaan kilang itu. Malah kenyataan Adnan bahawa beliau menyokong projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di negeri ini kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk adalah tidak masuk dek akal sama sekali. Adnan juga memperjelaksan projek yang diluluskan oleh kerajaan Pusat itu bukan dilaksanakan demi kepentingannya seperti dakwaan sesetengah pihak. "Sumpah, saya tak makan duit Lynas walaupun satu sen. Saya menyokong projek ini kerana memberi peluang pekerjaan kepada orang Pahang. "Malah, projek ini diluluskan oleh kerajaan Pusat dan saya tidak ada kena-mengena seperti fitnah yang disebarkan pembangkang," katanya ketika menggulung perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam. Kenyataan sumpah Adnan ini tidak kena sebenarnya, kerana umum mengetahui bahawa selama ini apabila ada projek-projek tertentu mahu dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) setiap minggu, pasti akan ada "habuan-habuan" tertentu untuk Menteri Besar dan barisan exconya sendiri. Menurut pemimpin UMNO terbabit, Adnan jangan terlalu mendabik dada kononnya dia di pihak yang benar dan menuduh mereka yang membantah Lynas sebagai "tidak betul" dan sengaja mahu merosakkan fikiran rakyat. Padahal, rakyat sendiri boleh mendapatkan maklumat tentang bahaya "rare earth" menerusi internet setiap hari. "Saya sendiri terpaksa menggunakan proksi-proksi MB atau exconya untuk memohon kawasan lombong bijih besi. Kalau tidak permohonan saya sudah pasti akan ditolak kerana tiada bahagian untuk mereka. Bukan itu saja, malah banyak projek dan permohonan lain juga begitu. Malah ada exco-exco yang kaya raya dengan duit komisyen hasil sokongan terhadap sesuatu projek berkenaan. Jika exconya makan kecik, maka mana mungkin Adnan tidak makan besar. Inilah lumrah dan budaya hidup pemimpin UMNO. Mereka akan pastikan setiap projek itu ada bahagian untuk mereka dan UMNO sejak dulu lagi. Apatah lagi dengan projek Lynas yang jelas selama 12 tahun Kerajaan Negeri Pahang tidak dapat apa-apa hasil. Kalau setakat pekerjaan untuk beberap ratus orang, dalam masa yang sama memberi risiko kepada beribu orang itu sebenarnya tidak bermakna. Saya amat kecewa dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan negeri dalam isu ini. Saya melihat sendiri, rakyat terutamanya kaum Cina menolak BN gara-gara isu ini. Maka lebih baik Adnan tutup mulut ", tambah beliau lagi.


[size=85%]Adnan telah dibentang dengan projek oleh CEO Lynas sejak awal-awal lagi,
mana mungkin beliau boleh mengatakan Kerajaan Negeri tidak terlibat?
[size=85%]
Adnan tidak sewajarnya lepas tangan dengan bersumpah semata-mata
pertahankan dirinya, sedangkan dia ada bersama CEO Lynas ketika itu

[Bermain dengan sumpah ini terkadang adalah satu cara untuk menyelamatkan diri kononnya kita tidak bersalah. Dalam keadaan terdesak atau darurat sesiapa sahaja akan bersumpah. Tapi, apakah rakyat boleh menerima sumpah tersebut sedangkan mereka sendiri tahu bagaimana caranya UMNO BN menguruskan hasil mahsul negeri ini. Adnan tidak dapat lari dari kenyataan, kerana rakyat melihat apa yang berlaku sejak sekian lamanya. Justeru, beliau harus berhati-hati agar tidak terperangkap dengan sumpah yang dikeluarkan itu hendaknya. Rakyat sebenarnya tidak terlalu "bodoh" untuk menilai projek ini. Namun, kenyataan Adnan yang "lepas tangan" kononnya Kerajaan Pusat yang berkuasa membawa masuk projek berkenaan membukti beliau seolah-olah tiada kuasa langsung dalam hal ini. Mana mungkin Menteri Besar tiada kuasa untuk sesuatu pembangunan yang berskala besar ke negerinya. Kenyataan Adnan ini adalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat sekali lagi. Jika ini keadaannya, apakah rakyat boleh percaya apa yang disampaikan oleh beliau selama ini. Apa yang pasti rakyat pasti terpaksa mengubahnya].

回复

使用道具 举报

发表于 14-12-2011 11:08 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 14-12-2011 11:12 PM 编辑

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib Terlibat- Peguam Liong Sik





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.
Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.
“Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ.
“Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB,” katanya.
Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama.
Katanya, anak guamnnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.
“Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Tun Dr Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan.
Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar.
Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH.
Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan.
Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
Penggulungan hujah di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok
回复

使用道具 举报

发表于 14-12-2011 11:16 PM | 显示全部楼层
Panas: "Blogger Cucumatkilau" Tawar Diri, Untuk Melawan Najib Di Parlimen Pekan Pada PRU13 Ini
KUANTAN, [size=85%]14 Dis - Blogger Cucumatkilau[size=85%] (foto) hari ini menegaskan bahawa dia sedia menawarkan diri untuk bertanding menentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 kali ini. Beliau membuat kenyataan itu dalam posting terbaru di blognya hari ini. "CMK juga turut berminat untuk menawarkan diri bagi bertanding di Parlimen Pekan menentang PM Najib Razak jika diberi ruang. Bagi CMK, di Pekan siapa saja yang lawan Najib pasti akan menjadi mangsanya. Maka, isu yang paling sesuai untuk diperjuangkan ialah hal ekonomi dan tanah-tanah Pekan yang kini tergadai satu persatu kepada orang-orang Kemboja, Myanmar dan lain-lainnya yang dipunggah Najib ke Pekan. Hanya isu ini sahaja yang dapat menyedarkan rakyat Pekan, jika tidak Pekan akan terjajah oleh bangsa asing dan mereka akhirnya menumpang dibumi sendiri. Bagi CMK, jika Najib berbangga sebagai "anak pejuang Melayu UMNO", maka CMK juga boleh berbangga sebagai "penerus perjuangan pahlawan Melayu Pahang". Ini adalah satu semangat yang kuat untuk menumbangkan keegoaan seorang pemimpin yang khianat sebenarnya. Apapun, segalanya masih terlalu awal lagi untuk diumumkan sebenarnya", kata beliau dalam blognya. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu kerusi Parlimen Pekan ditandingi oleh pemimpin muda PKR iaitu Khairul Anwar Ahmad Zainuddin (Jonah). Najib menang dengan mendapat majoriti 24,646 undi ketika itu. Sementara itu, harus diingat pada Pilihanraya Umum ke-10 sebelum itu Najib hampir ditewaskan di kerusi itu kepada calon PAS, Ustaz Haji Ramli Mohamad. Calon PAS itu mendapat 12,907 undi manakala Najib mendapat 13,148 undi dan menang dengan majoriti tipis yang penuh kontroversi iaitu sebanyak 241 undi sahaja. Ini bermakna Najib sebenarnya tidak sehebat mana di Parlimen Pekan. Beliau hanya menumpang nama ayahnya Tun Abdul Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Jika tidak kerana nama ayahnya, pasti Najib sudah lama ditolak di Pekan. Maka itulah tidak hairan SPR memasukkan kem tentera Batu 10 dengan mewujudkan DUN Pulau Manis untuk menghantar beribu-ribu undi pos bagi membantu Najib di Pekan. Itu belum termasuk pendatang asing yang sememangnya sudah diketahui sejak sekian lama kini bermastautin di Pekan. Inilah yang menjadi masalah kepada UMNO Pekan, mereka tidak berani bersuara walau pun melihat kenyataan itu "memang berlaku di depan mata mereka" sekarang.

[Pakatan Rakyat (Pembangkang) wajar mempertimbangkan tawaran ini jika mereka benar-benar tidak mempunyai calon yang popular dan berwibawa untuk menentang Najib di Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Umum mengetahui, walau apa jua cara sekali pun Najib sudah mempunyai "undi tetap" yang akan memangkah BN pada kali ini. Justeru, siapa saja yang berhadapan dengan Najib pasti akan kecundang dan terkena pukulan "TKO". Maka itulah, mereka wajar mempertimbangkan tawaran ini. Pekan adalah satu kerusi panas yang diduduki sejak zaman berzaman oleh keluarga Najib. Memang benar namanya harum, tetapi orang Melayu Pekan sebenarnya majoriti menolak beliau. Sebab itu beliau hampir tumbang pada PRU-10 lalu. Mujurlah ada "penyelamat" ketika itu yang menyaksikan undi pos lewat tiba ke pusat penjumlahan undi. Jika tidak, riwayat politik Najib sudah berakhir ketika itu. Inilah "magic PRU" apa saja boleh berlaku. Maka, alang-alang tewas lebih elok dihantar calon yang lebih berfikiran terbuka. Melayu Pekan perlu dibela].
回复

使用道具 举报

发表于 15-12-2011 11:21 PM | 显示全部楼层

[size=130%]

PANAS!!! Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa..!!
Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.

Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.
回复

使用道具 举报

发表于 15-12-2011 11:25 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 15-12-2011 11:54 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 15-12-2011 11:59 PM 编辑

Isu Rakyat: 'Penduduk Temerloh' Minta Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Operasi Bas City Liner!
TEMERLOH [size=85%]15 Dis - Kerajaan Negeri Pahang diminta supaya menyelesaikan masalah operasi perkhidmatan bas henti-henti yang dikendalikan oleh syarikat City Liner bagi memastikan pengangkutan awam itu kembali pulih seperti sediakala. Selain itu, lebih 30 pemandu bas syarikat tersebut kehilangan sumber pendapatan utama dan mendesak kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Seorang pemandu bas, Ahmad Bila Adam, 46, berkata, pemandu dan penumpang merayu kerajaan menyelesaikan masalah itu segera memandangkan perkhidmatan pengangkutan itu menjadi keutamaan penduduk di daerah itu. Menurutnya, sejak bekerja dengan syarikat itu lebih 20 tahun lalu, masalah yang berlaku kali ini agak perit kerana kehilangan sumber pendapatan utama dalam keadaan harga barangan semakin mahal sekarang. "Kami tidak ada punca pendapatan lain, sebab itu menggesa kerajaan negeri atau agensi berkaitan berkaitan campur tangan dalam isu ini. "Mereka kena turun sendiri dan sekurang-kurangnya adakan perbincangan supaya perkara itu diselesaikan segera," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Stesen Bas Henti-Henti di Lurah Semantan baru-baru ini. Seorang lagi pemandu bas, Mohd. Safran Abdul Karim berkata, pendapatan mereka kini hanya bergantung pada gaji pokok antara RM300 dan RM600 sebulan. Menurutnya, dia sendiri dibayar di bawah RM400 sebulan dan pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Dalam pada itu, seorang penumpang bas, Shamsudin Bakar, 95, yang menggunakan perkhidmatan bas berkenaan sebagai pengangkutan utama ke bandar Temerloh merayu supaya kerajaan menyelesaikan isu berkenaan. Menurutnya, sebelum ini, masalah itu tidak pernah wujud dan berharap kerajaan dapat menyelesaikan demi kepentingan rakyat. Bagi Jumina Juhani 49, dari Temerloh Jaya berkata, dulu dia hanya membayar RM1.60 untuk ke bandar Temerloh dengan menaiki bas, tetapi kini beliau terpaksa bayar RM10 sehari menaiki teksi untuk ke sana. [size=85%]sumber

[Kerajaan Negeri Pahang wajar melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bas awam di Temerloh ini. Ia kerana, ketiadaan bas City Liner terbabit telah mengundang lebih banyak kesulitan kepada para pengguna. Jika Menteri Besar Negeri Sembilan boleh campurtangan masalah yang sama di Seremban baru-baru ini, maka kenapa tidak MB Pahang juga melakukan tindakan yang sama. Masalah bas awam ini bukan sahaja melanda warga Temerloh, malah di Kuantan sendiri senarionya adalah sama. Kerajaan perlu sedar kerumitan yang dihadapi oleh para pengguna terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Ketiadaan bas awam menyebabkan mereka terpaksa berbelanja besar untuk menaiki teksi ke destinasi yang ingin ditujui. Langkah sebaiknya perlulah dilakukan segera untuk mengurangkan bebanan rakyat yang amat memerlukan pengangkutan bas awam ini sebenarnya. Rakyat didahulukan].
回复

使用道具 举报

发表于 15-12-2011 11:55 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 15-12-2011 11:58 PM 编辑

Isu Panas: ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid Nafi Dakwaan 'Dia Terlibat' Dengan Projek Lynas ! TEMERLOH, [size=85%]15 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad[size=85%] (foto) semalam tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini. Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas. Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar berkenaan. “Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan. “Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan. “Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya,” katanya. “Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak mereka siarkan.


[size=85%]Inilah keratan akhbar Berita Harian yang merujuk kenyataan MB Pahang itu


“Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira. “Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran. “Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media,” katanya. Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat. Beliau juga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggap semua itu salah faham semata-mata.

[Penafian yang dibuat oleh YB Syed Hamid ini sedikit melegakan penyokong PAS di Pahang. ADUN terbabit tidak wajar menyerang PDO berhubung artikel
PAS Pahang Perlu Berani Bertindak Siasat Dua ADUN Di Kata Terlibat Dengan Projek Lynas dan artikel ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM terutamanya berhubung dengan gambar yang kami siarkan. Ini kerana gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata bagi menunjukkan betapa akrabnya ADUN terbabit dengan pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, beliau juga dilihat begitu akrab serta menyanjung tinggi segala usaha kerajaan UMNO BN selama ini. Sedangkan dia adalah DUN Pembangkang, yang sepatutnya mencari isu untuk dibawa ke Sidang DUN untuk membela rakyat. Apapun, kami harap kemelut yang mengaitkan ADUN PAS ini akan berakhir, cuma "Orang PAS" yang mendapat projek Lynas sahaja yang masih belum diselesaikan sekarang. Harapan kita agar isu ini dapat berakhir secara berhemah sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak, sudah pasti ia akan dijadikan senjata BN menyerang pembangkang].
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 16-12-2011 10:14 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 16-12-2011 10:17 PM 编辑

Ceramah: Anwar Bakal Ulas Isu "Di Ambang Pru-13; Demi Rakyat" Di Kuantan Jam 8.00 Malam Ini
KUANTAN, [size=85%]16 Dis - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim [size=85%](foto) bakal mengadakan lawatan kerja seharinya ke negeri Pahang hari ini. Beliau dijangka menyampaikan ceramah yang bertajuk "Di Ambang PRU-13: Demi Rakyat" di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj. Ahmad pada jam 8.00 malam ini. Sementara itu disebelah petangnya Anwar bersama rakyat dalam satu Majlis Hi-Tea di Shakira Cafe, Batu Satu dekat Temerloh. Anwar selaku Ketua Pembangkang kini semakin panas apabila kes liwat II yang dihadapinya kini hanya tinggal mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sahaja yang dijadualkan akan dibuat pada 9 Januari 2012 nanti. Terdapat perkabaran yang menyatakan Anwar pasti akan menjalani hukuman terbarunya di Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini. Ini berikutan, terdapat banyak kekeliruan dan penyelewangan yang berlaku dalam perbicaraan tersebut selama ini. Kehadiran Anwar pada awalnya ialah ke Pekan bagi membalas kehadiran PM Najib Razak ke Parlimen Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir di lokasi terbabit bagi menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat.
回复

使用道具 举报

发表于 17-12-2011 04:59 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 17-12-2011 05:00 PM 编辑

Ceramah: Anwar Ibrahim Gesa Rakyat Pahang Lakukan Perubahan Pada Pilihanraya Umum Akan Datang Jika Mahu Kebajikan Mereka Terbela!
KUANTAN, [size=85%]17 Dis - Lebih seribu orang telah hadir ke program Ceramah Perdana, bertajuk "Di Ambang PRU-13: Demi Rakyat" di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj. Ahmad dekat sini malam tadi. Ceramah yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu khabarnya telah berjaya menyuntik semangat para pejuang Pakatan Rakyat untuk bersiap siaga sepenuhnya bagi berhadapan dengan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Selain Anwar, turut berceramah malam tadi ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan YB Chang Lih Kang (ADUN Teja). Anwar dalamm ucapannya menyeru supaya rakyat Pahang membuat perubahan pada pilihanraya umum ini. Beliau juga banyak mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam kerajaan UMNO BN termasuk isu penyelewengan projek lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil dan banyak lagi. "Dia nak nafi apa kalau projek itu melibatkan suami dan anak-anak dia ... Bila kita bicara soal Lynas, mereka kata tak mungkin kerajaan akan membawa projek yang boleh memudaratkan rakyat. Tapi, kalau kita tanya kepada rakyat berapa kerat yang menyokong Lynas. Orang-orang kaya boleh pindah kalau berlaku risiko macam di Hiroshima .. tp macam mana orang miskin?. Sanggupkan kita biarkan mereka menanggung akibatnya. Kerajaan tak mahu fikir itu semua .. Apa yang penting yang mereka dapat untung daripada projek tersebut. Saya harap, rakyat Pahang bangkit menghukum pemimpin kerajaan yang sebegini. Buat perubahan, macam-macam boleh dapat faedah kebajikan seperti di Selangor dan lain-lain negeri pembangkang", kata Anwar dengan aksinya sambil berdiri.

[Selepas berceramah, Anwar dikatakan bergegas ke Kemaman untuk program ceramahnya di di sana pula. Sementara itu disebelah petangnya Anwar bersama rakyat dalam satu Majlis Hi-Tea di Shakira Cafe, Batu Satu dekat Temerloh. Secara keseluruhannya, program anjuran PKR Cabang Kuantan itu dilihat berjaya namun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir sebenarnya. Sepatutnya, ceramah beliau wajar mendapat sambutan hangat daripada semua pihak. Mungkin agaknya promosi yang tidak berapa menyeluruh. Apapun, ramai yang tertanya-tanya ke mana kelibat Ahli Parlimen Indera Mahkota (Azan Ismail) dan Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota (Lee Cheang Chung). Juga tidak kelihatan ialah pemimpin yang ditugaskan menjaga parlimen tersebut dari pusat "Care Taker" iaitu Zakaria Abd Hamid (Zeck). Ini kerana program berkenaan diadakan di dalam kawasan Indera Mahkota sebenarnya. Turut kelihatan malam tadi ialah beberapa orang pimpina PAS seperti Yang Di Pertua PAS Indera Mahkota (Ustaz Nasrun Amir) dan Naib Ketuanya, Andasura Rabu].
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 05:34 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 06:05 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 18-12-2011 10:45 PM 编辑

Ceramah Isu Lembu Sharizat Di Temerloh Malam Ini, Penyokong Pakatan Rakyat Di Jemput Hadir !



Satu program ceramah perdana "Demi Rakyat" akan diadakan di Perkarangan Pejabat Keadilan Temerloh, Simpang Taman Saga jam 8.00 malam ini. Ceramah membariskan pimpinan PKR seperti Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan YB Elizabeth Wong (Exco Selangor & ADUN Bukit Lanjan). Orang ramai terutamanya penduduk yang berhampiran dengan kawasan terbabit dijemput datang beramai-ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu pendedahan kontroversi Lembu Fidlot yang libatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil.
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 10:47 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 10:54 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 10:56 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 11:01 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 18-12-2011 11:22 PM | 显示全部楼层
傅芝雅:路崩稀土廠為例 政府部門愛推卸責任
 (關丹18日訊)人民公正黨副主席傅芝雅說,政府部門都有互相推卸責任的習慣,關丹通林明路的路崩及稀土廠准證事件,就是最好例子。
 她說,林明路路崩一事,她逐一致電各政府部門瞭解情況,結果關丹市議會說是公共工程局的責任,后者卻說那是私人投資,是該公司的責任。
 “結果還牽扯上水務局及水利灌溉局,路底下有沒有水源等問題,原來在事前都沒有去考究,出事后,各單位互相推卸。”
 傅芝雅也是關丹區國會議員。她昨晚在關丹丹榮品味飲食中心,出席關丹區部主辦的政治講座,在會上主講時,如是說。

須嚴格監管
 她說,該工程雖是私人投資,但在一年后,該路段將由公共工程局接手,所以該局在批准任何工程前,都必須嚴格監管。
 “該路段如在一年后才崩塌,屆時公共工程局就要用納稅人的錢來維修,如果該工程有遵照程序去進行,就不會崩。”
 此外,她也說,萊納稀土廠准證一事,貿工部、科藝部、環境局及馬來西亞原子能執照局,也是各有話說。
 她說,在格賓生產的稀土,是100%外輸到日本,根本無法推動國內上遊及下遊工業的發展,只讓我國成為“垃圾桶”。
 “我國只有0.03%的稀土儲備,根本不該在此設稀土廠。”
 她說,該廠所生產的固體廢料,據說是要再循環使用,並製成肥料,如此一來,該些含輻射的肥料將進入我們的食物鏈,最終成為生態系統的一部分。
 “稀土廠的建設更會影響經濟發展,使到遊客卻步,同時也讓漁產受影響。”
 她說,任何工業都會發生意外,稀土廠也不例外,一旦發生洩漏,后果是不堪設想的。
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 11:25 PM | 显示全部楼层
今日西彭.文冬民行政治講座 逾300民眾冒雨出席

 (文冬17日訊)雖然昨晚文冬區下起豪雨,但無阻約300民眾出席聆聽行動黨政治講座會,文冬華人大會堂側旁黃暄堂內外都有坐著及站著關心國家未來及政治的群眾。

該項活動是由行動黨文冬區聯委會舉辦,主講嘉賓包括由沙登區國會議員張念群、八打靈再也北區國會議員潘儉偉、行動黨彭亨州組織秘書兼社青關丹區團長李政賢及社青文冬區團長鄒宇暉。

促人民勿聽信讒言
 主持人兼社青文冬區團署理團長薛智祥指出,國家就像一間公司,人民是老闆,政府就是經理,如經理管理不當,讓公司虧損連連,老闆就應將他辭退,換另外一位管理,所以他籲請人民放心,換了政府,國家是不會亂的,大家不要聽信一些讒言后,感到害怕。
 他說,根據調查顯示,在2000年至2008年期間有9270億令吉黑錢外流;在文冬,政府也進行多項白象計劃,就像瑪拉學院、馬來亞銀行隔壁的商業中心、金馬蘇禮堂沒電供、武吉丁宜組屋500個單位問題等。

投民聯候選人
★行動黨彭亨州組織秘書兼社青關丹區團團長李政賢
選民應該為了國家未來前途,為下一代締造更好未來,以便在來屆大選,記得投選民聯候選人。在我國政權輪替、兩線制是非常重要,只要有強而有力的反對黨才能制衡及監督政府。我籲請更多人士加入該黨或報名成為該黨義工,以協助在來屆大選監督投票。

政府肅貪不力
★沙登區國會議員張念群
我國在2011年國際廉潔指數排行榜中不升反降,從2003年時排行37位,跌至60位,證明我國政府在肅貪方面做得不夠好,令我國排名節節下降。
 反貪委員會獲得國家撥款2億令吉,以調查貪污事件,但是在一些課題上,就像養牛事件,該會就推搪不關他們的事,所以不調查、首相拿督斯里納吉也為了照顧其愛將及朋黨,也未針對此事展開調查。
  政府也賤賣一個吉隆坡靠近高速公路的中心區黃金地段給一個馬來西亞發展機構,每平方公尺只賣70余令吉,該地段應可賣到每平方公尺700余令吉。

逾億買裝甲車
★八打靈再也南區國會議員潘儉偉
國防部以75億令吉購買257輛裝甲車,每輛約3000萬令吉,該公司不曾出產過裝甲車,連展覽商品也沒有,國防部就妄下訂單。
 另外,國防部也以60億令吉高額向馬來西亞一間公司購買6艘巡邏艦。

限制和平集會
★行動黨文冬社青團團長鄒宇暉
國會新通過的和平集會法令,限制人民走上街頭遊行、抗議政府,該法令實施之后,將令人民無法通過和平遊行表達意見、申訴不滿。其實集會可以很和平的,但是我國警方對待集會民眾的行動,猶如1月時埃及警方的行動罔顧人命。
回复

使用道具 举报

发表于 18-12-2011 11:30 PM | 显示全部楼层
安華:管理不當 大馬資源沒與民共享

 (文德甲17日訊)公正黨實權領袖拿督斯里安華指出,國陣各黨系統已腐敗,人民要慎重選擇,保護國家未來。
 他曾經出任國家財政部長,清楚知道馬來西亞其實是一個很富裕的國家,可惜管理不當,這些資源無法讓全民共享。
 “彭亨曾經擁有一大片森林,伐木業有很好發展前景,可是這些已被砍伐了的樹桐已被濫用,希望彭亨子民在來屆大選教訓國陣,以保留彭亨州現有的資源,回歸于民。”
 約300民眾出席
 他昨日傍晚到淡馬魯與民眾喝下午茶活動時,發表上述談話。此活動由公正黨淡馬魯區部主辦,該區部主席尼占、執委郭明發、行動黨淡馬魯區部主席胡智雲、新人賴志明等人都出席了是項活動。 
 約有300民眾聆聽他發表演說。
 安華也說,其被控雞奸前助理賽夫案,經過兩年多審訊將于明年1月9日下判,他質疑此案“迅速”下判,代表大選腳步不遠了。
 他說,人民的決定是最重要的,不管案件判決如何,他相信大馬選民都會做出最理想的決定。
 他說,一旦民聯執政,民聯將在24小時內宣布汽油降價、電費降價等好消息。

回复

使用道具 举报

发表于 19-12-2011 12:05 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 19-11-2024 05:09 AM , Processed in 0.127064 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表