|
发表于 5-6-2015 10:16 PM
|
显示全部楼层
SYARAT PERMOHONAN PPR (PROJEK PERUMAHAN RAKYAT)
1) Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri /suami)
2) Bermastautin di Negeri Pulau Pinang
3) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan
4) Pendapatan suami / isteri tidak melebihi RM 750.00 atau
Pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00
5) Tidak pernah memiliki rumah (Walaupun telah dijual, Pemohon Suami /Isteri adalah tidak layak memohon)
6) Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang (Boleh diberi pengecualian mengikut kes)
7) Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu
bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek
Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
8) Dokumen Yang Perlu Disertakan Bersama Permohonan :
i)
Salinan kad pengenalan pemohon dan suami/isteri
ii)
Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon
iii)
Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan
Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
iv)
Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
v)
Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut:-
a)
Surat Pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon
dan suami / isteri
b)
Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan suami / isteri
c)
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
vi)
Sekiranya berniaga/bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut:-
a)
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
b)
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan (sekiranya ada)
c)
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
d)
Borang B Cukai Pendapatan (di mana berkenaan)
vii)
Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
a)
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
b)
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
viii)
Salinan Kad Pengenalan OKU (suami / isteri dan tanggungan jika berkaitan)
ix)
3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan (bagi kes rumah uzur / kebakaran / bencana alam dll.)
vii)
2 keping gambar pemohon bersaiz passport
9) Berdaftar sebagai pengundi Negeri Pulau Pinang (sertakan slip pengesahan tempat mengundi yang boleh diperolehi dari Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
* Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa. |
|