|
本帖最后由 坏孩子1989 于 15-4-2021 03:56 PM 编辑
我建议政府如果现在紧急MCO两个星期,还来得及。。。反中puasa月,GDP贡献本来就比较小。。。
再不然就是强制三天内的检测negative才可以跨州。。。跨州一次,一个test。。。。
政府也应该ban mass gathering,堂食改去4人等等,这些对GDP的贡献其实很小,却很有效。。。
Sambutan Aidilfitri: KKM cadang rentas negeri ditangguhkan - Dr Adham Baba
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.
Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.
“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.
“Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkat demikian pada sidang media selepas melancarkan buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic - Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan pada Khamis.
Ditanya sama ada individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
“Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.
“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya lagi.
|
|